Alahai kerajaan 1Malaysia, sudah bermacam-macam isu sensasi lagi kontroversi yang mereka lakukan dengan tanpa bersalah sebelum ini, tiba-tiba pertimbangan untuk memutuskan sama ada hendak meluluskan lesen pertaruhan Piala Dunia 2010 atau tidak. Apa hendak jadi dengan Umno yang kononnya parti Melayu-Islam yang memperjuangkan kedaulatan agama rasmi negara dan bangsa Melayu? Dalam ajaran Islam yang tercatat didalam Al-Quran dan Hadith sangat jelas menegah perbuatan judi, tiba-tiba pula Umno yang memerintah negara Islam (kononnya) sedang mempertimbangkan lesen pertaruhan atau judi ini yang diusulkan di Dewan Rakyat secara terang-terangan tanpa rasa bersalah.
Bukankah usul Umno ini menghina kesucian agama Islam dan memalukan bangsa Melayu yang majoriti di negara ini? Adakah Umno ini sudah mabuk dan gian dengan amalan judi yang memang biasa dilakukan oleh mereka. Lihatlah apa yang berlaku dengan bekas Ketua Menteri Sabah yang lalu berjudi diluar negara sehingga berhutang berjuta ringgit. Inilah musibah yang sebenarnya dicampakkan ke atas parti Umno ini yang malang ini. Mungkin amat baik jika puak-puak umno yang terlibat mengusulkan perkara judi ini bertaubat kerana ia terang-terang mencabar dan melanggar perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah saw.
Kepada rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu-Islam sama-samalah kita menentang habis-habisan pertimbangan yang sedang dibuat oleh kerajaan ketika ini. Ingatlah, tanda-tanda kejatuhan sesebuah pemerintahan apabila Allah swt membiarkan mereka tanpa panduan, seperti sebuah bahtera yang belayar dilautan tanpa kemudi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan