Jumaat, 18 Disember 2009

Hijrahku...

Sempena Awwal Muharram Tahun Baru Hijrah yang mulia ini, aku juga terpaksa berhijrah ke suatu kehidupan yang padanya akan ada kebahagian untuk duniaku dan akhiratku InsyaAllah.

Aku telah membuat keputusan untuk berhenti kerja daripada sebuah syarikat berkuatkuasa pada 3 Disember 2009 yang lalu dan sekarang dalam notis berhenti 2 bulan. Namun, aku akan mengakhiri kerjaya ku bersama syarikat ini lebih awal iaitu pada 31 Disember 2009 InsyaAllah. Aku mula berkhidmat dengan syarikat pada 1 Jun 2007 lokasi di Kemaman Terengganu. Pada July 2008 aku menyambung perkhidmatan ke Kota Kinabalu Sabah.

Kepada syarikat ini, saya sentiasa mendoakan semoga terus sukses ke arah visi dan misi yang telah termaktub dalam dasar syarikat. Memang tidak dapat dinafikan bahawasanya, syarikat ini telah banyak mengajar dan memberikan pengalaman yang sangat bermanfaat kepada ku sebagai bekalan dan modal di masa hadapan yang cukup mencabar. Kepada rakan-rakan seperjuangan, aku juga mendoakan semoga kalian sentiasa mendapat kejayaan dan keberkatan dalam kerjaya masing-masing untuk dunia dan akhirat.

Sesungguhnya, dunia dan segala isi-isinya adalah senda gurau dan main-main semata-mata. Namun, dunia ini juga adalah jambatan di antara alam dunia dan alam akhirat. Jadi, ambillah kesempatan dan kumpulkanlah "bekalan" agar di sana nanti tiada penyesalan. Ingatlah, apabila mata sudah terpejam atau matahari terbit dari arah barat maka tiadalah lagi gunanya taubat dan di sana itu pasti dan pasti hanya dua destinasi yang padanya kekal abadi, itulah dia namanya Syurga dan Neraka.

Wallahu a'lam.

Malaysia 1 - 0 Vietnam. Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya menumbangkan pasukan Vietnam (1-0) petang semalam perlawanan akhir acara bola sepak lelaki di Sukan SEA Laos.
...
Secara keseluruhannya, semua berpuas hati dengan corak permainan pasukan kebangsaan yang bertenaga dan bersifat taktikal yang di naungi oleh jurulatih Rajagopal. Walaupun hanya lima minit terakhir sebelum masa penuh 90 minit berakhir barulah pasukan Malaysia menjaringkan gol sulung perlawannan sekaligus menumpaskan pasukan Vietnam.
...
Rakyat Malaysia percaya, selepas ini pasukan kebangsaan Malaysia akan mendapat suntikan semangat dalam memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu dan professional pemain-pemain kita dan yang lebih penting lagi pengurusan pasukan yang seharusnyalah diberi perhatian agar momentum hari ini akan dapat menjana "performance" yang akan datang.
...
Tahniah & Terima Kasih Pasukan Malaysia!

1 Muharram 1431 Hijriyyah

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam Hijrah 1431

Rabu, 16 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431 Hijriyyah

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan kasih sayang Allah SWT kita masih lagi diberikan kesempatan dan kehidupan didunia yang fana ini dengan segala nikmat-Nya. Selawat serta Salam buat Nabi Junjungan Besar Muhammad SAW, kepada keluarga Baginda, Sahabat-Sahabat Baginda, Tabi' Tabi'in dan kepada sesiapa yang mengikuti sunnah Baginda.

Kepada semua Muslimin & Muslimat, Razuha ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah pada 1 Muharram 1431 Hijriyyah. Semoga Allah SWT memberikan kesempatan dan kekuatan untuk melaksanakan Doa Akhir & Awal Tahun pada 30 Zulhijjah 1430H. InsyaAllah.

Wassalam.

Isnin, 21 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijriyyah


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon maaf zahir & batin
Kepada semua muslimin &
Muslimat walau di mana berada.
Daripada saya sekeluarga:
Rajab, Zubaida, Ika, Fizy & Hafiy.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Somebody is leaving because Ramadhan is coming...


Somebody is leaving because Ramadhan is coming....

"Somebody" yang dimaksudkan disini adalah makhluk Allah SWT yang bernama syaitan. Dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini Allah SWT telah merantai syaitan-syaitan yang terkutuk. Ini hanya berlaku pada bulan yang berkat ini dan tidak pada bulan-bulan yang lain. Dengan sifat dan zat Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang terhadap hambanya (umat Muhammad SAW), Dia telah menghalau syaitan ini agar hambaNya dapat menunaikan ibadah fardhu puasa yang diperintahkan terlaksana dalam keadaan tenteram.

Wallahu 'alam.

Rabu, 10 Jun 2009

Pembantu rumah muslim

Alahai...dah berapa kali dah kes dera pembantu rumah...macam dulu, kini dan selamanya pulak bunyinya. Ada cadangan agar pihak kerajaan memainkan peranan serius dalam membendung perkara penederaan ini daripada berlaku lagi dan lagi...yang kena siksa, kena simbah air panas, dikelar, dicederakan sehingga berlumuran darah, lebam sana-sini...tiada orang lain itulah dia orang Islam yang biasa didengar...yang mendera pulak majikan yang bukan Islam...apa nak jadi?? apa maksud ni??? Kepada pemimpin-pemimpin Islam yang kononnya memperjuangkan umat Islam di mana kamu, ayuhlah bangkit tegakkan kebenaran. Ada kuasa gunakan kuasa, kalau tidak bersuaralah, kalau tidak bencilah dalam hatimu dan itulah selemah-lemah iman..

Saya beranggapan umat Islam Malaysia khususnya bersetuju agar pihak kerajaan mengadakan undang-undang melarang pembantu rumah bekerja dengan majikan bukan Islam dan juga sebaliknya.

Wallahu'alam.

Kerajaan Perpaduan...

Kerajaan Perpaduan.......ermm????

Satu Malaysia......errmmmmm???

Aduhhhh keliru-keliruuuu............

Hamba - Ahlussunnah Wal Jama'ah....

Wallahua'lam.

Ahad, 10 Mei 2009

Doakun Untukmu Ibu

Hari yang disambut pada 9 Mei setiap tahun diseluruh dunia pada asalnya adalah suatu program yang dihasilkan daripada masyarakat barat. Sestengahnya beri'tiqad bahawa ianya adalah haram disambut atas sebab-sebab tertentu. Namun, sebagai seorang muslim kita menyambutnya pada setiap hari sehinggalah ke akhir hayat kerana ia adalah amanah dan kewajipan bagi seorang muslim berbuat baik kepada ibu dan bapa.

Firman Allah swt :

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan perkataan “ah”, dan janganlah kamu membentak mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Al-Isra: 23)

Hadith Rasulullah saw :

Dari Abu Hurairah, dia berkata, telah dating kepada Rasulullah saw, seorang laki-laki lalu bertanya:, “Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih berhak untuk saya pergauli dengan baik?” Beliau menjawab, “Ibumu” dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Beliau menjawab, “Ibumu” dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Beliau menjawab, “Ibumu” dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Beliau menjawab, “Ayahmu”. (HR Muslim)


"Setiap manusia hanya mempunyai seorang ibu, sayangilah ibu anda"...




Wallahu'alam.

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.