Rabu, 29 Jun 2011

PM didahulukan, Rakyat ditekan

Beginilah apabila 'seekor' ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus tapi dia sendiri berjalan bengkok.

Amat terkilan dan sampai hati apabila seorang yang bergelar Perdana Menteri yang kononnya dipilih oleh rakyat hidup mewah dan membazir sedangkan hidup rakyatnya menderita dengan bebanan harga barangan yang kian melambung dan subsidi yang dimansuhkan, biasiswa pelajar semakin tiada, petrol semakin mendadak naik walaupun negaranya adalah pengeluar minyak dan gas.

Jika bil elektrik sampai RM160,000 sebulan sudah pasti rakyat akan berfikir dan curiga apakah yang terdapat dalam rumah PM? Jika sebuah kilang jentera pun mungkin tak sampai RM100,000 apatah lagi sebuah rumah.

Kenapalah pemimpin kebanyakan dari dahulu sampai sekarang hanya pandai bercakap tapi tak serupa bikin. Rakyat baru nak buka mulut tuntut hak sebagai warga yang sah sudah menteri-menteri melenting.

Diharap para pemimpin mengamalkan sikap berjimat cermat dan kata dikota seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pemimpin ulung di Nusantara pada era millenium ini. Takbir!, Allahu Akbar.


Ahad, 5 Jun 2011

Biar Orang CINA pimpin ISLAM

Mungkin agak janggal bunyinya tetapi itulah realitinya jika ditakdirkan oleh Allah SWT berdasarkan suatu hadith shahih.

Selepas membaca buku saudara Ann Wan Seng seorang yang berbangsa Cina muslim bertajuk BIAR ORANG CINA PIMPIN ISLAM, sebagai seorang yang berbangsa dari keturunan melayu amat malu dengan segelintir saudara se-melayu yang lain. Ini kerana, mutakhir ini negara kita seolah sudah sampai disatu puncak dimana isu perkauman itu sedang dimainkan oleh segelintir individu mahu pun pertubuhan. Ini terjadi kerana terlalu banyak salah faham dan mungkin juga tidak mahu memahami orang atau bangsa lain sehingga sikap prejudis menjadi-jadi tanpa dikawal oleh pihak sepatutnya menjaga ketenteraman masyarakat.

Mungkin buku ini juga bagi menjawab kesalah-fahaman sesetengah pihak yang terlalu taksub dengan bangsa yang daripada bangsa mana dia dilahirkan. Lagi menyedihkan apabila golongan yang memalukan ini mengaku sebagai seorang Islam sedangkan perkara yang mereka lakukan berkenaan ini menyalahi syariat Islam dan sunnah Rasulullah SAW.

Yang menarik juga dalam buku ini saudara Ann Wang Seng menerangkan betapa ramai malah mencecah ratus berjuta orang Cina yang berada di negara China itu sendiri jika dibandingkan jumlah bangsa melayu Islam di Malaysia. Malah bangsa Cina itu sendiri mendapat hidayah Islam ini secara langsung dari utusan-utusan Rasulullah SAW seperti Saad bin Abi Waqas R.A. Di sini kita boleh membuat kesimpulan bahawa sejak zaman Rasulullah SAW lagi Baginda telah memikirkan tentang bangsa Cina ini. Jadi di mana bangsa melayu yang amat ditaksubkan oleh segelintir orang melayu jika dibandingkan dengan bangsa Cina itu sendiri? Ini buka rekaan sepertimana yang sering dilakukan sesetangah golongan melayu dinegara ini, sesungguhnya sejarah bangsa Cina dengan Islam itu sudah menjadi pilihan Allah dan juga Rasul-Nya yang mana penyebaran Islam oleh bangsa Cina selain Arab datang ke Tanah Melayu untuk berdakwah ke atas orang melayu.

Disisni kalau dilihat bangsa melayu seharusnya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana telah mengutus da'ei-da'ei Cina dan Arab melalui perdagangan. Malangnya, semasa kita di bangku sekolah mungkin kita tidak didedahkan dengan sejarah yang betul dan sahih menyebabkan kita buta sejarah sebaliknya ditanam semangat nasionalisme untuk satu-satu bangsa demi tanah air yang tercinta kononnya.

Banyak lagi yang ditulis mengenai bangsa Cina ini agar bangsa lain dapat memahaminya. Syabas diucapkan kepada saudara Ann Wan Seng dengan menerangkan dan menerbitkan buku yang amat penting ini bagi tujuan dakwah Islamiyah dan memperbetulkan mentaliti sesetengah golongan melayu di negara ini.

Wallahua'lam.
     

Ahad, 15 Mei 2011

Sukaneka PASTI Kawasan Tawau 2011

Syukur Alhamdulillah, sekali lagi dengan limpah nikmat dan kurniaan serta kasih sayang Allah SWT, majlis sukaneka PASTI Kawasan Tawau dapat berlangsung dengan jayanya pada 15 May 2011 setelah beberapa kali tertangguh akibat sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan termasuklah hujan lebat yang berpanjangan. 


...bulan purnama mengambang di pagi hari.Takbir! Allahu Akbar.



...tu dia. Ni lah pasukan yang memenangi acara perbarisan iaitu dari sekolah PASTI Nurul Hidayah, Log Pond. Lihatlah adik di hadapan tu bukan main semangat lagi...tahniah! 

...bendera kejohanan hendak dinaikkan. adik-adik ni semua bakal pemimpin PAS suatu hari nanti.

Ucapan oleh saf kepimpinan PASTI Tawau, Sabah.

...haa, ni korang nak tau...ni barisan tempur hadapan 'si baju hitam' dengan bunga-bunga silat oleh persembahan adik-adik yang semuanya terdiri daripada anak-anak ahli PAS Tawau.

...yaaa, lari dik...ni lah antara acara sukaneka iaitu lumba lari. Untuk pengetahuan, acara sukaneka ni dikendalikan secara berasingan antara muslimin dan muslimat. Ini adalah satu contoh yang baik dan patut dicontohi oleh semua, yang mana anak-anak kita sudah terdidik dengan amalan Islami (muhrim) agar mereka dapat memahaminya dan mengamalkannya sehinggalah dewasa dan menjadi seorang mukmin sejati serta membela syari'at agama ini (Islam).

Beginilah suasana pada majlis sukaneka PASTI Kawasan Tawau bertempat di Padang Bandaran Tawau, Sabah. PASTI Kawasan Tawau meliputi daerah Tawau, Merotai, Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Jarak antara satu daerah ke satu daerah ni memang jauh sehingga 200km atau 3 jam perjalanan. Tapi dengan semangat PASTI, itu semua tidak menjadi masalah dan halangan demia perjuangan ISLAM.

Tahniah...Tahniah...Tahniah PASTI TAWAU
Semoga bertemu kembali pada tahun hadapan 2011
Takbir!!!
Allahu Akbar!
Walillahilham.




Khamis, 31 Mac 2011

Kekadang sedih apabila melihat tekanan yang bertali arus terhadap kerajaan Pas di Kelantan oleh pihak seterunya. Tapi dalam hal agama (Islam) mungkin penganutnya harus mempertahankan apa yang kerajaan Tok Guru Nik Aziz telah lakukan berkenaan pengharaman premis-premis loteri atau kedai ramalan nombor ekor.

Sebagai seorang muslim kita tidak boleh berkata soal hak asasi manusia lagi kerana hak empunya bumi dan langit yang manusia diami ini lebih berhak menentukannya. Dia (Allah) tuhan sekalian makhluk telah perintahkan judi itu haram maka perkara itu tetap jadi haram. Sesiapa yang kata itu hak asasi lah, amalan orang bukan Islam lah itu lebih kepada politik dunia dan nafsu semata-mata.

Dalam judi, siapakah yang beroleh keuntungan? Tokey kedaikah atau pembeli nombor ekor atau kedua-duanya untung? Ini persoalan yang perlu kita fikir. Adakah sesiapa ingin rugi? sebab itu Maha Pencipta ini Maha Mengetahui amalan judi ini merugikan salah satu pihak kalau tidak pun kedua-duanya. Jadi sebagai pengganti judi ini, Allah SWT mencipta amalan jual dan beli dan menghalalkannya yang mana sesuai untuk manusia dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.

Oleh itu sama-samalah kita menyokong usaha Tok Guru ini dan buanglah pemikiran politik dunia yang tidak kemana.

Takbir! Allahu Akbar.

Wallahua'lam.

Isnin, 28 Mac 2011

'Tukang' kecewa tidak dibayar upah..

Kedengaran desas-desus yang projek perumahan PPR di Kg Pasir Putih sebahagiannya terbengkalai. Ia berpunca daripada pekerja-pekerja kontrak (tukang) yang diupah membuat rumah tersebut tidak dibayar. Jika benar, ini suatu perkara yang tidak betul dan berunsur penipuan terhadap rakyat secara amnya.

Dikatakan ada diantara orang tengah yang tidak amanah yang menyebabkan pembayaran tidak sampai ke tangan tukang-tukang tersebut. Pihak yang terbabit sepatutnya berhati perutlah sedikit kerana mereka ini sudah melaksanakan tugas bagi mencari rezeki untuk dibagi kepada anak bini mereka.

Kekurangan atau ketiadaan wang peruntukan daripada kerajaan atau YB kawasan mungkin tidak berasas kerana peruntukan sebanyak RM40 ribu bagi sebuah rumah telah diumumkan sebelum ini dan sepertimana yang disiarkan di akhbar tempatan.

Apapun, pihak yang menguruskan projek ini harus bertanggungjawab atau projek PPR ini terbengkalai dan yang menjadi mangsa dan teraniaya adalah rakyat yang sangat memerlukan. Seperti yang diketahui PPR ini adalah untuk mangsa kebakaran di Kg Pasir Putih Tawau yang berlaku pada hujung bulan puasa tahun 2010.

Sabtu, 19 Februari 2011

Panji Bendera Hitam

Seperti yang dinukilkan sebelum ini, bermula di Tunisia, beberapa negara Arab yang diperintah oleh golongan sekular satu demi satu telah dan sedang digulingkan oleh rakyatnya sendiri. Pemerintah Tunisia dan Mesir telah jatuh tersungkur ditangan rakyatnya yang bangkit bagai "sand storm" ditengah padang pasir. Kini Bahrain, Libya, Yaman juga menerima gelombang yang sama apabila rakyatnya sudah begitu tertekan dengan kerajaan kuku besi mereka.

Hari ini, tiupan gelombang itu juga bagai sedang merasuk rakyat Kuwait seperti yang terpapar dalam berita online dimedia elektronik antarabangsa.

Jika difikirkan seolah-olah zaman khalifah Islam sedang bangkit bersatu dalam memerangi pihak toghut dan dajjal yang mengamalkan sistem sekular dan tunduk dengan kuasa barat semata-mata untuk kepentingan dunia yang sementara.

Jika kita mengimbas kembali kisah dan takdir akhir zaman yang mana "bendera hitam" akan mara dan tercetus di tanah hijjaz seperti yang tertulis dalam banyak buku-buku ilmiah dipasaran ia seolah-olah masan itu sudah semakin hampir. Apakah ia benar? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu...

Apapun, kita memang yakin Islam akan bangkit semula dalam memerangi toghut diakhir zaman ini dan itu sudah diberitahu seperti dalam naskah-naskah Al-Quran dan Hadith Nabi.

Wallahua'lam.

Khamis, 17 Februari 2011

Fitnah ala melayu sekular..

Belum pun penamaan calon PRK Merlimau diadakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab tercetus dikawasan Dun Merlimau dengan tersebarnya CD "Islam Umno tak masuk syurga, Islam PAS masyyukk syurga"...astaghfirullah al-adzim...

Siapakah punya angkara buruk ini? Pihak yang teraniaya seharusnyalah membuat laporan polis segera kerana ini adalah fitnah yang amat berbahaya dan menakutkan orang Islam khususnya di negara ini.

Sungguhpun perkara ini seperti pepatah lempar batu sembunyi tangan, lambat laun ia akan diketahui juga dan RAKYAT sudah faham sangat dengan taktik "musuh rakyat" yang sebegini.

Mudah-mudahan Allah SWT melaknati pelakunya dan ditunjukkan kepada umum nanti. InsyaAllah amin.

Marilah kita bangkit demi memperjuangkan agama suci Islam daripada orang munafik laknatullahi alaih!

Takbir! Allahu Akbar.

Ahad, 13 Februari 2011

Beer halal...???

Amat terkejut dan pelik setelah melihat logo Halal Jakim dan Lesen Bir Kelas II terpapar di dinding di salah sebuah kafe Lapangan Terbang Tawau.

Semalam, sambil menunggu pintu penerbangan dibuka, kami sempat ke salah sebuah kafe di Lapangan terbang Tawau. Sambil meng'order' minuman terlihat logo fotostat Halal Jakim bersama signage dibawahnya tertulis 'Lesen Bir Kelas II'. Sebagai seorang muslim, kita amat kesal dan kecewa dengan pihak berwajib yang agak kurang memantau perkara ini yang boleh dikira sensitif.

Setelah melihat-lihat dalam ruangan kafe tersebut, sah ia dipunyai oleh seorang bukan pengusaha muslim berdasarkan namanya dan sekaligus boleh disimpulkan pengusaha tersebut tidak faham atau saja-saja tidak faham demi mengaut keuntungan lebih.

Apapun kepada pihak yang berwajib seperti JAKIM, Kementerian Perdagangan dan PBT haruslah sentiasa memantau dan mengambil tindakan kepada pengusaha-pengusaha seumpamanya jika terdapat perlanggaran akta dan peraturan lebih-lebih lagi premis ini dibangunan seperti lapangan terbang.

Sebagai pengguna, tindakan dan aduan bolehlah disalurkan kepada Persatuan Pengguna Islam, JAKIM atau NGO Islam lain demi mengelakkan diskriminasi terhadap orang Islam.

1Malaysia tidak bermakna semua boleh disatukan, ini harus kita terima hakikatnya. Halal sampai bila-bila pun tidak akan bercampur dengan yang Haram atau benda yang syubhat!

Wallahua'lam.
  

Sabtu, 12 Februari 2011

Selamat tinggal Hosni Mubarak

"I'm 21 years old and this is the first time in my life I feel free," an ebullient Abdul-Rahman Ayyash, born eight years after Mubarak came to power, said as he hugged fellow protesters in Tahrir, or Liberation, Square.

Inilah antara kata-kata salah seorang yang memprotes kerajaan pimpinan Hosni Mubarak di Mesir. Selepas 18 hari melakukan protes aman, semalam Hosni Mubarak terpaksa akur dengan kehendak rakyat Mesir yang rata-rata semua rakyat di seluruh negara mendesak beliau berundur segera.

Tahniah diucapkan kepada rakyat Mesir yang berani dan nekad melakukan revolusi dalam menumbangkan sebuah kerajaan kuku besi dan menindas rakyatnya. Malah yang lebih teruk lagi sebuah kerajaan yang bertopengkan Islam tapi bersekongkol dengan musuh Islam seperti orang Israel dan Yahudi. Bukankah ini suatu pengkhianatan kepada agama?!

Perkembangan ini sudah pasti menjadi kebanggaan dan harapan umat Islam seluruh dunia, selepas revolusi  yang berlaku di Tunisia dan negara-negara serantau dengan Mesir. Perkembang ini juga sudah pasti membuka mata negara-negara sekular Islam dan juga negara barat termasuklah negara haram Israel.

Ia juga menjadi suatu isyarat kepada sebuah kerajaan yang bersifat kuku besi, diktator, sekular dan seumpamanya yang mana kuasa rakyat mengatasi kerajaan dan pemerintahan. Langkah ini (revolusi) mungkin akan menjadi inpirasi golongan rakyat bagi sesebuah negara dalam membendung atau menumbangkan sebuah kerajaan yang dilantik oleh rakyat sendiri tetapi kerajaan dan pemerintah tersebut khianat. Oleh itu, kepada kerajaan dan pemerintah yang serupa Hosni Mubarak beringatlah, mungkin abad ini adalah abad revolusi rakyat.

Kepada dunia Islam, bukalah mata dan bermuzakarahlah sejenak. Islam sedang bangkit setelah sekian lama tertindas dan diabai hak-hak kemaunisaannya tidak kira di mana sahaja. Lihatlah apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan negara Islam sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan oleh kuasa barat.

Apapun agar perkembangan positif yang sedang berlaku di Mesir ini akan membuka pintu kepada pejuang-pejuang Islam, kebebasan dari kerajaan kuku besi, demokrasi yang adil, hak-hak kemanusiaan dan sebagainya. Mungkinkah kata-kata 'doomsday' ini yang dimaksudkan kebangkitan rakyat seluruh dunia melawan kerajaan-kerajaan yang mengkhianat rakyat?! Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui yang tahu. Dan, kita hanya menunggu masanya...bilakah ia akan berlaku?

Kepada rakyat Malaysia, adakah kita dapat merasakan sesuatu daripada apa yang sedang berlaku di atas dunia sekarang? Dan, apakah pengiktibaran yang kita dapat ambil dan bertindak sewajarnya demi keadilan manusia sejagat dan kedaulatan agama suci Islam serta keamanan semua bangsa dan agama? Sama-samalah kita semua berfikir dan berhijrah kepada suatu zaman yang sudah lama ditunggu-tunggu...

Sekali lagi kepada pejuang-pejuang bumi Mesir setelah 30 tahun lebih, tahniah dan syabas diatas perjuangan saudara. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati saudara sekalian.

Selamat tinggal Hosni...!

Wallahua'lam.


Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.