Sabtu, 12 Februari 2011

Selamat tinggal Hosni Mubarak

"I'm 21 years old and this is the first time in my life I feel free," an ebullient Abdul-Rahman Ayyash, born eight years after Mubarak came to power, said as he hugged fellow protesters in Tahrir, or Liberation, Square.

Inilah antara kata-kata salah seorang yang memprotes kerajaan pimpinan Hosni Mubarak di Mesir. Selepas 18 hari melakukan protes aman, semalam Hosni Mubarak terpaksa akur dengan kehendak rakyat Mesir yang rata-rata semua rakyat di seluruh negara mendesak beliau berundur segera.

Tahniah diucapkan kepada rakyat Mesir yang berani dan nekad melakukan revolusi dalam menumbangkan sebuah kerajaan kuku besi dan menindas rakyatnya. Malah yang lebih teruk lagi sebuah kerajaan yang bertopengkan Islam tapi bersekongkol dengan musuh Islam seperti orang Israel dan Yahudi. Bukankah ini suatu pengkhianatan kepada agama?!

Perkembangan ini sudah pasti menjadi kebanggaan dan harapan umat Islam seluruh dunia, selepas revolusi  yang berlaku di Tunisia dan negara-negara serantau dengan Mesir. Perkembang ini juga sudah pasti membuka mata negara-negara sekular Islam dan juga negara barat termasuklah negara haram Israel.

Ia juga menjadi suatu isyarat kepada sebuah kerajaan yang bersifat kuku besi, diktator, sekular dan seumpamanya yang mana kuasa rakyat mengatasi kerajaan dan pemerintahan. Langkah ini (revolusi) mungkin akan menjadi inpirasi golongan rakyat bagi sesebuah negara dalam membendung atau menumbangkan sebuah kerajaan yang dilantik oleh rakyat sendiri tetapi kerajaan dan pemerintah tersebut khianat. Oleh itu, kepada kerajaan dan pemerintah yang serupa Hosni Mubarak beringatlah, mungkin abad ini adalah abad revolusi rakyat.

Kepada dunia Islam, bukalah mata dan bermuzakarahlah sejenak. Islam sedang bangkit setelah sekian lama tertindas dan diabai hak-hak kemaunisaannya tidak kira di mana sahaja. Lihatlah apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan negara Islam sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan oleh kuasa barat.

Apapun agar perkembangan positif yang sedang berlaku di Mesir ini akan membuka pintu kepada pejuang-pejuang Islam, kebebasan dari kerajaan kuku besi, demokrasi yang adil, hak-hak kemanusiaan dan sebagainya. Mungkinkah kata-kata 'doomsday' ini yang dimaksudkan kebangkitan rakyat seluruh dunia melawan kerajaan-kerajaan yang mengkhianat rakyat?! Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui yang tahu. Dan, kita hanya menunggu masanya...bilakah ia akan berlaku?

Kepada rakyat Malaysia, adakah kita dapat merasakan sesuatu daripada apa yang sedang berlaku di atas dunia sekarang? Dan, apakah pengiktibaran yang kita dapat ambil dan bertindak sewajarnya demi keadilan manusia sejagat dan kedaulatan agama suci Islam serta keamanan semua bangsa dan agama? Sama-samalah kita semua berfikir dan berhijrah kepada suatu zaman yang sudah lama ditunggu-tunggu...

Sekali lagi kepada pejuang-pejuang bumi Mesir setelah 30 tahun lebih, tahniah dan syabas diatas perjuangan saudara. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati saudara sekalian.

Selamat tinggal Hosni...!

Wallahua'lam.


Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.