Isnin, 8 Julai 2013

Ramadhan Kareem & Kemenangan Ummah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Betapa lajunya masa berjalan hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Seolah-olah masa ini telah hilang keberkatannya. Mungkinkah ini yang pernah disabdakan Nabi SAW:


Allahu Rabbi.

Apa yang pasti semua yang disabdakan oleh Nabi SAW sahih belaka dan akan menjadi kenyataan cuma manusia ini yang selalu dalam keadaan lalai dan leka. Betapa beruntungnya mereka yang sedang dalam keadaan beriman dan beramal sungguh-sungguh untuk dunia dan akhiratnya, sebaliknya rugilah bagi mereka yang sedang hanyut dalam arus dunia yang penuh sendaloka dan sandiwara dan terlalai daripada menyiapkan bekalan (iman dan amal) untuk suatu perjalanan yang jauh menuju ke alam akhirat yang mana di sana kekal abadi. Jika akhirnya di sana nanti mendapat rahmat Allah, maka senang dan bahagialah dia selama-lamanya yang tiada penghujungnya, dan begitu juga jika akhirnya di sana nanti mendapat murka dan seksa dari Tuhan Yang Maha Esa Allah SWT, maka derita dan azablah yang diterimanya untuk selama-lamanya, selama-lamanya. Na'udzu min zalik.

Jika masih dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan lagi pada tahun ini, dapatlah kita bertemu suatu bulan yang mana bulan yang dipenuhi rahmat, berkat dan keampunan bagi hamba-Nya iaitulah Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Beruntunglah bagi mereka yang memanfaatkan hari-hari dalam bulan ini dan rugilah bagi mereka yang sekali lagi terlalai dan leka semata-mata untuk memenuhi tuntutan dunia yang hanya sementara sifatnya serta tiada sedikit nilai pun disisi Allah SWT.

Marilah kita merenung dan mengimbas kembali masa kebelakang. Apakah masih sama yang dulu dan yang kini? Sudah pasti semuanya berubah. Yang muda sudah menjadi tua, yang tua ada sudah kembali ke tempat asalnya (alam akhirat). Datuk, nenek, emak, ayah, saudara-mara, sahabat dan orang-orang yang kita kenal dan sayangi. Allahu Rabbi, amat menyedihkan dan merindui masa-masa lalu semasa bersama mereka. Kita yang masih hidup ini pula pasti akan menyusur kemudian hanya Allah SWT saja yang tahu, bila? Jika kita sudah merenung kebelakang, adakah kita merasa keinsafan? Jika ada perasaan sebegitu, Alhamdulillah itu menandakan kita masih mempunyai iman. Sebaliknya sungguh malang jika tidak berasa langsung. Dan ini sangat berbahaya. Kenapa? Ini tanda iman sudah sakit dan perlu dirawat segera sebelum terlambat.

Semoga kedatangan Ramadhan bulan yang penuh berkat, rahmat dan keampunan ini kita sama-sama mengambil kesempatan  untuk mensucikan segala dosa dan zulmat yang sekian lama menjadi darah daging kita. Semoga kita diberikan kesihatan agar dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Juga, perbanyakkan sedekah dalam bulan ini dan menggandakan amal ibadah dari bulan-bulan lainnya. Sama-sama kita memberatkan solat sunat terawih, kerana hanya dibulan ini sahaja adanya solat ini anugerah Allah SWT. Dan yang lebih besar lagi dalam bulan ini terdapat satu malam yang mana kehebatan dan kelebihan satu malam itu bersamaan seribu bulan jika hamba-Nya tahu.

Begitu juga, dalam bulan yang penuh berkat ini jangan kita lupakan saudara-saudara kita yang kini menerima ujian Allah SWT seperti di Mesir, Syria, Palestin dan dimana saja. Berilah sokongan dari segi tenaga, harta dan masa dalam berjihad mempertahankan agama yang suci ini agama Islam dari musuh-musuh Islam. Disamping itu, marilah kita selalu menodakan saudara-saudara Islam kita khususnya yang berada di Mesir, Syria dan Palestin dan Mujahideen seluruh dunia semoga Allah melindungi mereka dan memberi kejayaan yang besar. Dan doakan kehancuran terhadap musuh Allah SWT dan Rasul-Nya. Allahu Akbar!

Selamat Berpuasa - Ramadhan Kareem.



Isnin, 15 April 2013



Dato' Haron Din - P.003 Arau, Perlis.


Antara tokoh ulama' daripada PAS juga selaku Timbalan Mursyidul Am PAS yang sangat berpengaruh dalam negara yang sememangnya menggerunkan calon lawan. Allahu Akbar!
Ya Rabb, berilah kemenangan kepada Islam dan Tuan Guru kami.
~ Amin Ya Robbal Alamin. ~



Ahad, 14 April 2013

Putrajaya P-125 kini diperhatikan Dunia


وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54:
ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran “Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan ALLAH SWT sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”

Memang benar apabila dikatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 kali ini adalah PRU yang paling sengit dalam sejarah politik Malaysia. Pelbagai pertembungan politik tercetus diluar jangkaan manusia dan rakyat negara ini khususnya. Kejutan demi kejutan terungkai dan tersebar baik ianya didalam parti Pakatan Rakyat (PAS-PKR-DAP) maupun lebih-lebih lagi dalam Barisan Nasional yang sangat membimbangkan.


Beberapa minggu yang lalu kejutan daripada pihak Pakatan Rakyat iaitu daripada Parti PAS (Parti Islam Se-Malaysia) telah memulakan serangan yang menggemparkan rakyat diseluruh negara. Ia juga sekaligus membuka mata dan minda seluruh rakyat yang sedang mengikuti perkembangan politik tanahair. Ini ekoran apabila Dato’ Paduka Haji Husam Musa selaku Naib Presiden PAS berhasrat dan kini muktamad untuk bertanding di Parlimen Putrajaya P125. Beliau sebelum ini adalah penyandang kerusi DUN Kelantan N17 Salor. Ramai beranggapan, ini seumpama hendak 'bunuh diri'. Namun lebih ramai juga meramalkan kekalahan teruk akan dihadapi oleh Barisan Nasional kerana calon PAS ini bukan calang-calang orang, beliau adalah seorang tokoh yang menggerunkan seluruh pemimpin Umno-BN.


Strategi yang digunakan oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS pada pilihanraya umum kali ini dilihat amat berbeza dari pilihanraya umum sebelumnya. Pelbagai percaturan dan susun atur strategi dilakuan dengan sangat teliti dan tidak dinafikan semua ini sudah diatur dan difikirkan sejak kemenangan diluar jangka oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu. Dalam beberapa tahun yang lalu selepas Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi dan sekaligus menafikan majoriti dua per tiga kerusi di parlimen, Pakatan Rakyat sememangnya sudah pun merangka strategi dengan terus mengasak dan menggunakan momentum kejayaan yang ada untuk terus menggempur kubu-kubu Barisan Nasional di seluruh negara.

Hinggalah pada kemuncaknya kini, setelah Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan pembubaran dewan parlimen dan disusuli pengumuman tarikh pencalonan dan pembuangan undi oleh pihak Suruhan Pilihan Raya (SPR), maka ‘serangan demi serangan’ daripada pihak Pakatan Rakyat terhadap Barisan Nasional semakin hebat, yang mana semua ini seolah-olah lambat dibaca oleh pihak strategik Umno-Barisan Nasional. Dan apa yang dapat dilihat kini,pihak Umno khususnya sedang dalam keadaan panik dan buntu dalam mengumumkan bakal-bakal calonnya ditambah lagi masalah dalaman parti yang kian meruncing.


Kejutan meletus lagi dalam beberapa hari yang lalu apabila Tun Mahathir Mohamad seolah-olah menawarkan diri bertanding di Putrajaya P125, kununnya hendak mempertahankan kubu hasil ‘ciptaannya’ daripada ditawan oleh Pejuang Pakatan Rakyat – Dato Husam Musa. Inilah lagi satu perkara yang sukar diramal oleh pencinta politik tanahair sebelum ini dan menjadikan suasana perang politik semakin rancak dan ‘panas’.


Apapun yang sedang berlaku semua ini adalah ketentuan dan perancangan daripada Allah SWT Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Bijaksana. Sebagai rakyat yang inginkan agama Allah SWT ini ditegakkan dan syariatnya dilaksanakan mendoakan agar Allah SWT bagi kemenangan kepada penolong-penolong agama-Nya yang ikhlas dan tumbangkanlah parti dan kerajaan yang menentang kerajaan Allah SWT.

Oleh itu, kepada rakyat di kawasan Putrajaya P125 marilah kita memberikan undi kepada Pejuang kita iaitu Dato’ Paduka Haji Husam Musa dan mendoakan beliau menang dan menjadi wakil kita di dalam dewan rakyat kelak.In Shaa Allah.


Takbir! Allahu Akbar.  Dunia sedang mengikuti perkembangan P-125 Putrajaya.

               


Jurutera, pegawai bank antara calon PAS Sabah

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang bersama Pesuruhjaya PAS Sabah Aminuddin Aling (duduk, kiri sekali) dan Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong (duduk, tiga dari kiri) bersama bakal-bakal calon PAS di Sabah dalam Pilihanraya Umum ke 13.

PRU 13: Senarai bakal calon PAS di Sabah


P.185 Batu Sapi

Hamzah Abdullah

• Timbalan Pesuruhjaya PAS
• Lulusan BA (Hons) Middlesex University, United Kingdom
• Bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat Sekong
• Bekas Ketua Kesatuan Pelajar Sabah di United Kingdom

P.191 Kalabakan

Usman Madeaming


• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Ketua Pemuda PAS Kawasan Kalabakan
• Mantan Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Sabah (Permis) UKM

N.3 Pitas

Dausieh Queck


• Setiausaha NGO Salimah Teras Sabah
• Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan Kolej PTPL
• Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Dusun Tambanuo Sabah

N.6 Tempasuk

Awang Laiman Ikin


• Setiausaha PPerhubungan PAS Negeri Sabah
• Mantan Naib Presiden Persatuan Anak Yatim Kebangsaan (Peyatim)
• Lulusan Usuluddin Universiti Al-Azhar Mesir
• Mantan Naib Presiden Persatuan Iranun Sabah (Pagisa)

N.17 Tanjong Aru

Hamid Ismail


• Peguam di Hamid & CO
• Lulusan Ijazah Undang-undang Universiti ISlam Antarabangsa (UIA)
• Diploma Pengajian ISlam, Universiti Malaya Sabah

N.48 Sukau

Ahdah Sulaiman


• Tokoh Pembela Isu Tanah di Kinabatangan
• Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan
• Mantan AJK Umno Bahagian Kinabatangan

N.51 Kunak



Kasman Karate


• Mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) Borneo
• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS)
• Setiausaha PAS Kawasan Silam

N.54 Bugaya

Hasai Tudai

• Jurutera kanan di Ikramtic System Sdn Bhd
• Lulusan Bacelor Sains (Hons) Kejuruteraaan Mechanical Universiti Teknologi Mara (UiTM)

N.58 Merotai

Ahmad Dullah


• Mantan Penolong Pengurus Cawangan Bank
• Lulusan Bacelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah
• Mantan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

N.59 Tanjong Batu

Fatmawaty Mohd Yusuf


• Pengerusi Ameerah Sabah
• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Universiti malaysia Sabah
• Bendahari PAS Kawasan Kalabakan

N.60 Sebatik

Daud Jalaluddin


• Pengerusi Persatuan Bajau Tawau
• Lulusan Ijazah Pemasaran, Indiana Institute Of Technology
• Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau


Takbir! Allahu Akbar.

Sabtu, 10 November 2012

Fikir & Risau : Umat akhir zaman.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah SWT. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, para ahli keluarga Baginda SAW, Sahabat-Sahabat Baginda SAW dan kepada mereka yang mengikuti Baginda SAW.

Pertama-tama sekali marilah kita banyakkan memohon keampunan kepada Allah SWT dengan mengucapkan Istighfar dan keselamatan dari api neraka. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Marilah kita bersyukur kepada Allah SWT diatas hidayah-Nya dan juga banyaknya nikmat-nikmat yang diberikan oleh-Nya ke atas kita. 



Tuan-tuan yang mulia, 

Dalam beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan laporan berita berkaitan maksiat yang melibatkan murid-murid sekolah. Seperti apa yang dilaporkan, terdapat di sebuah daerah kegiatan merosakkan akhlak murid-murid sekolah dengan cara menyediakan "disko bergerak". Mungkin orang akan bertanya apa yang dimaksudkan disko begerak ini. Ia adalah kenderaan pengangkutan awam atau bas yang sedang bergerak dan dijadikan ruang disko persis kelab malam yang penuh maksiat dimana lagu-lagu dengan suara dan bunyi pembesar suara yang melampau. Kegiatan ini dilaporkan mensasarkan murid-murid sekolah sebagai mangsanya dengan mengenakan bayaran bagi membolehkan anak-anak yang tidak bersalah ini "menikmati" suasana disko bergerak ini yang melalaikan lagi merosakkan akhlak. Mungkin tidak dapat dinafikan sekiranya berlaku percampuran murid-murid lelaki dan perempuan dalam kegiatan maksiat ini.  Sebagai ibubapa dan juga golongan pendidik atau guru sekolah sudah semestinya perkara ini menjadi yang sangat membimbangkan. Memang berlaku perkara-perkara seperti kenderaan pengangkutan awam terutamanya bas-bas mini di daerah ini menggunaka alat bunyi atau pembesar suara yang tidak sepatutnya dipasang pada sesebuah kenderaan penumpang awam. Ini kerana, dengan memainkan lagu dengan pembesar suara bunyian tinggi dan nyaring (melebihi 86dB) ini dapat merosakkan alat pendengaran penumpang-penumpang yang tidak berdosa dan tidak bersalah. Penumpang-penumpang kenderaan awam juga mempunyai hak-hak tertentu terhadap kenderaan awam seperti keselamatan mereka dijamin selamat dan tidak mengganggu ketenteraman semasa dalam menggunakan khidmat pengangkutan ini kerana perkhidmatan ini bukannya percuma tapi berbayar secukupnya. Lebih-lebih lagi jika perkara ini berlaku kepada anak-anak sekolah yang masih mentah dan tidak berdosa.

Kita amat berdukacita terhadapa pengusaha-pengusaha yang terlibat dalam kegiatan yang tidak berkhlak dan haram disisi agama Islam. Kita juga amat berdukacita sekiranya pihak berkuasa dan berwajib berkaitan pengangkutan dan keselamatan awam tidak menguatkuasa undang-undang, memantau dan mengenakan tindakan serius terhadap pengusaha pengangkutan awam yang didapati bersalah. 

Ibubapa, pihak guru, sekolah dan seluruh masyarakat harus peka dan bertanggungjawab dalam ini yang mana ia melibatkan generasi masa depan yang akan mewariskan apa yang ada sekarang. Sekiranya awal-awal lagi generasi ini sudah di "rosakkan", bagaimana kita hendak mengharapkan suatu masa depan berjaya dan aman damai. Kita tidak membataskan kejayaan itu hanya di atas dunia ini sahaja, tapi harapan kejayaan itu malah lebih jauh lagi sampai ke akhirat iaitu suatu negeri yang kekal selama-lamanya. Dan, kita mohon dijauhkan dari api neraka yang didalamnya siksa yang sangat pedih untuk selama-lamanya juga. Na'udzu billahi minannaar.

Tuan-tuan yang mulia, sedar atau tidak sedar kita sedang berada pada suatu waktu yang dipanggil akhir zaman dan kitalah umat akhir zaman itu.  Tiada lagi zaman selepas ini yang mana membawa maksud kita hanya dan sedang menanti datangnya hari Qiyamah. Persoalannya, adakah kita sudah membuat persiapan dan bekalan yang cukup untuk perjalanan yang amat jauh menuju negeri akhirat seterusnya dapat masuk ke dalan syurga Allah SWT? Subhanallah...Inilah perkara yang patut difikir-risaukan oleh sekalian umat manusia dan janganlah hanya setakat berperasaan takut, tapi usahakan iman taqwa itu dan buatlah amal soleh, juga sampaikanlah apa-apa yang daripada Nabi SAW kepada seluruh umat manusia walaupun sepotong ayat.

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)



Wallahu a'lam.

Ahad, 13 November 2011

masjid besar, indah..tapi kotor!

"sedih...kesal...marah...."

itulah antara perasaan apabila masuk ke dalam ruangan tandas di salah sebuah masjid. tidak perlulah dinyatakan nama dan lokasi masjid ini. apa yang penting kita mahu semua masjid yang ditadbir oleh kerajaan negeri dan dikelola oleh ahli jawatankuasa masjid tempatan yang dilantik sama-sama mengambil iktibar. Sifat dan sikap pro-aktif dengan inisiatif serta komitmen yang tinggi amat diperlukan dalam memperbetulkan semua perkara negatif ini. Dan yang paling penting lagi sebagai seorang Islam yang beriman dan bertaqwa, kebersihan haruslah dijaga setiap masa seperti sabdaan Nabi SAW, kebersihan itu sebahagian dari iman.

selain keadaan yang kotor dan menjijikkan, ia juga boleh mengundang malapetaka dari segi keselamatan jemaah dengan lantai yang berlumut licin. Berikut adalah antaranya, tapi sebenarnya ada banyak lagi masjid yang lebih kotor dan tidak selamat daripada ini, bukan niat untuk memburukkan masjid kita tapi hendak mengajar umat kita (Islam) agar lebih, menghormati dan memahami adab-adab masjid. 

sebagai iktibar, bolehlah lihat foto-foto seperti berikut:





apapun kita tidak boleh menyalahkan pihak lain baik AJK masjid, orang tempatan mahupun orang yang bermusafir. yang sebaiknya sama-samalah ambil tanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan kesucian masjid iaitu rumah Allah SWT.

Wallahua'lam.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Kolonel Muammar Ghadaffi telah disahkan mati apabila media antarabangsa telah menyiarkan mayatnya sejurus pihak pemberontak berjaya membunuh dan mengheretnya secara kasar. Mungkin beginilah nasib akhir hayat seorang pemimpin tidak kira seorang Islam atau sebaliknya jika bersikap diktator dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin lebih-lebih lagi dalam dunia Islam.

Apa yang harus diambil iktibar daripada peristiwa pembunuhan Muammar Ghadafi ini adalah sama seperti penangkapan dan hukuman gantung sampai mati Saddam Hussein. Walaupun tidak dinafikan ada tangan-tangan ghaib pihak musuh Islam dalam merancang semua ini bagi menghapuskan warisan dan kerajaan orang Islam diatas muka bumi ini. Pengajaran dan hikmah daripada peristiwa ini adalah seorang pemimpin harus menunaikan tuntutan rakyatnya seadil dan sebaik mungkin berlandaskan prinsip iman dan taqwa kepada Allah SWT dan sebagaimana yang telah ditunjuki oleh Rasulullah SAW.

Kisah Muammar Ghadafi dan Saddam Hussein seperti yang dilaporkan telah banyak melakukan kesilapan dalam mentadbir negara. 

Isnin, 26 September 2011

"Street Kid" di Tawau...?

Program Sejuta Impian terbitan salah satu pusat penyiaran televisyen swasta tanah air amat menarik dan memang di akui dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia dan si pencetus ideanya.

Sungguhpun begitu, tidak dapat juga dinafikan perkara yang baik itu tidak semuanya sempurna. Baru-baru ini dalam program tersebut, salah seorang pemohon atau bolehlah dikatakan aktivis masyarakat telah diberikan peluang oleh program tersebut untuk menyatakan hasrat atau impian beliau dalam memohon dana. Kali ini ia berkaitan dengan "kanak-kanak jalanan" yang terdapat di Tawau dan Semporna dengan keadaan sangat dhaif disamping terpaksa keluar mencari rezeki yang dikatakan disuruh oleh ibu-bapa mereka.

Apa yang dinyatakan memang benar, tetapi beliau juga menyatakan telah melakukan "research" atau penyelidikan terhadap perkara tersebut atas tujuan untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak tersebut. Persoalannya disini, apakah benar beliau telah melakukan penyelidikan sepenuhnya khususnya di Tawau (kawasan bandar seperti yang terpapar dalam rakaman video beliau)? Sebagai warga bandar dan daerah ini, beliau harus merujuk kepada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Tawau bagi mendapat penjelasan lanjut dan tepat berhubung kanak-kanak yang dikatakan kanak-kanak jalanan. Sebaliknya beliau tidak harus hanya merujuk kepada pihak-pihak yang tidak tahu-menahu atau "tersalah orang" bagi membuat penyelidikan kerana ia dikhuatiri memperolehi maklumat yang kurang tepat.

Seperti apa yang dipaparkan dalam program tv tersebut, kita ingin bertanya apakah kanak-kanak yang dimaksudkan itu warga tempatan atau bukan? Ini kerana, untuk pengetahuan beliau bandar ini juga terdapat warga asing yang datang tanpa pekerjaan dan hanya mampu meminta sedekah dan simpati. Dan yang agak bertenaga seperti kanak-kanak akan "bekerja" dengan menyediakan perkhidmatan seperti mengangkat barang dan sebagainya, dan yang lain-lain menjual barang seperti sayuran dan ikan di kaki lima pasar. Kebanyakan atau hampir semua mereka ini bukan warga tempatan. Sebenarnya kita juga berasa simpati dengan golongan ini tetapi perkara yang pertama harus dilakukan adalah mengenal pasti identiti mereka. Sekiranya mereka ini warga tempatan maka seharusnya dibantu dan jika sebaliknya pihak berwajib harus mengambil tindakan sewajarnya.

Sebagai warga Sabah, pihak lain harus memberikan maklumat dan gambaran yang benar dan tepat tentang Sabah jika tidak orang ramai akan menyangka keburukan dan merosakkan imej negeri ini. Seperti apa yang beliau katakan tentang Sabah ia memberikan gambaran buruk seolah-olah masyarakat tempatan Sabah khususnya di Tawau tidak mendapat pembelaan, melarat dan dinafikan hak-hak sebagai golongan bawah umur yang sepatutnya mereka ini berada di sekolah.

Apapun penghargaan harus diberikan kepada pemohon dana juga program Sejuta Impian diatas keprihatinan, namun kita juga merasakan sekiranya dana itu tidak disalurkan ke sasaran yang betul maka tiadalah manfaat kepada masyarakat Malaysia yang memerlukan dan ia hanya membazirkan wang rakyat. Kita juga menyarankan agar program tersebut lebih meneliti setiap permohonan dana seperti diatas.


Sabtu, 24 September 2011

Laksanakan Hudud

Seolah-olah pihak kerajaan Barisan Nasional ditimpa penyakit histeria dan meracau apabila tiba-tiba isu hukuman hudud timbul sejak beberapa hari ini apabila sekian lama menyepi. Memang tidak dinafikan ia suatu petanda nahawa pilihanraya sudah semakin dekat dan pihak Barisan Nasional akan sedaya upaya menimbulkan isu terutamanya yang berkaitan orang-orang melayu dan Islam untuk mengalih perhatian sekaligus memancing undi. Bagi golongan muda atau genarasi baru dan celik IT, isu-isu seperti ini teramat lapuk untuk diulang tayang sejak zaman Dr M lagi dan generasi sudah faham dan matang dengan permainan Umno Barisan Nasional yang lebih berpolitik ala duniawi.

Yang teramat malang lagi apabila masyarakat serta pemimpin Islam khususnya Pas yang berhasrat melaksanakan syariat hudud ini, ditentang amat hebat oleh orang Islam dan pemimpin yang mengaku diri seorang Islam. Ini suatu malapetaka kepada puak dan parti yang menentang hukum dan perintah Allah SWT. Mungkin orang akan marah apabila orang melayu dan warga Malaysia menentang titah Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, tetapi malang sungguh tiada siapa peduli apabila raja segala raja yang Maha Pencipta dan yang Maha Perkasa Allah SWT menitahkan didalam Al-Quran Karim supaya laksanakan hudud! Hudud ini perintah-Nya bukan mainan hal politik sesiapa pun.  Mengapa orang hendak tentang, mengapa tiada siapa peduli? Amat sayu dan terharu apabila seorang pemimpin dan ulama' menyatakan, jika Allah SWT tanya diakhirat nanti kenapa hudud tidak dilaksanakan maka akan dijawapnya hasratnya ditentang oleh penguasa atasannya. Begitu juga sebagai seorang muslim dan mukmin, haruslah ada terlintas dihati untuk bermuhasabah, bagaimana jika Allah SWT bertanyakan sedemikian apakah jawapan kita?

"Jika Umno mahu melaksanakan hudud kami akan keluar BN". Ini suatu petanda kehancuran BN dan Umno yang gagal memberikan kefahaman tentang Islam kepada sekutu politiknya. Pernyataan ini amat menyinggung perasaan orang Islam. Apakan tidak? Ini bukan soal politik, ini soal ibadah suatu perintah Tuhan (Allah SWT) terhadap hamba-Nya. Mengapa puak-puak tersebut terlalu egois dan bersifat prejudis terhadap Islam? Islam itu suatu agama manusia, dan setiap orang yang beragama tidak kiralah agama apa sekalipun akan diajar untuk menghormati agama-agama lain. Mengapa mereka terus menentang sedangkan mereka bukan ahlinya malah tidak faham pun apa itu hudud. Kalau diikutkan ini menjadi soal sensitif bagi umat Islam seluruhnya. Kita orang Islam tidak mengganggu pun soal agama meraka, jadi apakah yang menyebabkan pihak terbabit meracau seolah-olah bersikap biadap. Ini yang harus difikirkan oleh golongan terbabit agar mereka lebih bersikap terbuka mengikut nilai-nilai dan norma kehidupan bertamadun. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Sebagai seorang muslim dan ingin melihat sistem perundangan Islam terlaksana di negara dan permukaan bumi ini, kita amat menyokong dan mendokong usaha murni Pas dan mana-mana pihak NGO dan seluruh umat Islam yang berhasrat dan bertungkus-lumus dalam medaulatkan sistem hukum hudud seperti yang diperintahkan oleh Pencipta alam ini dan segala isi-isinya Dia-lah Allah SWT. Dan sebagai umat Islam maka wajib diyakini bahawa segala perintah dan larangan serta peraturan yang termaktub dalam kitab suci umat Islam Al-Quran Karim adalah benar dan jika dilaksanakan maka akan aman dunia ini sehinggalah hari kiamat. Namun, harus difahami dan diyakini qada' dan qadar Allah SWT untuk perihal akhir zaman seperti manusia semakin jauh dari agama (Islam), peperangan, gempa bumi, fitnah dan maksiat bermaharajalela dan sebagainya tetap akan berlaku. Maka itu, masuklah kedalam jemaah Islam yang mendaulatkan Islam serta berjuang dalam menegakkan Islam sekalipun syahid pada akhirnya. Wallahu a'lam.


Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.