وَمَكَرُواْ
وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ
الْمَاكِرِينَ -surah
al-Imran ayat 54:
ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran “Dan mereka merancang (tipu
daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan ALLAH SWT sebaik-baik
Perancang (membalas tipu daya)”
Memang benar apabila dikatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 kali
ini adalah PRU yang paling sengit dalam sejarah politik Malaysia. Pelbagai
pertembungan politik tercetus diluar jangkaan manusia dan rakyat negara ini khususnya.
Kejutan demi kejutan terungkai dan tersebar baik ianya didalam parti Pakatan
Rakyat (PAS-PKR-DAP) maupun lebih-lebih lagi dalam Barisan Nasional yang sangat
membimbangkan.
Beberapa minggu yang lalu kejutan daripada pihak Pakatan
Rakyat iaitu daripada Parti PAS (Parti Islam Se-Malaysia) telah memulakan
serangan yang menggemparkan rakyat diseluruh negara. Ia juga sekaligus membuka
mata dan minda seluruh rakyat yang sedang mengikuti perkembangan politik
tanahair. Ini ekoran apabila Dato’ Paduka Haji Husam Musa selaku Naib Presiden
PAS berhasrat dan kini muktamad untuk bertanding di Parlimen Putrajaya P125.
Beliau sebelum ini adalah penyandang kerusi DUN Kelantan N17 Salor. Ramai beranggapan, ini seumpama hendak 'bunuh diri'. Namun lebih ramai juga meramalkan kekalahan teruk akan dihadapi oleh Barisan Nasional kerana calon PAS ini bukan calang-calang orang, beliau adalah seorang tokoh yang menggerunkan seluruh pemimpin Umno-BN.
Strategi yang digunakan oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS pada pilihanraya
umum kali ini dilihat amat berbeza dari pilihanraya umum sebelumnya. Pelbagai
percaturan dan susun atur strategi dilakuan dengan sangat teliti dan tidak
dinafikan semua ini sudah diatur dan difikirkan sejak kemenangan diluar jangka
oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu. Dalam beberapa
tahun yang lalu selepas Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi dan sekaligus
menafikan majoriti dua per tiga kerusi di parlimen, Pakatan Rakyat sememangnya
sudah pun merangka strategi dengan terus mengasak dan menggunakan momentum kejayaan
yang ada untuk terus menggempur kubu-kubu Barisan Nasional di seluruh negara.
Hinggalah pada kemuncaknya kini, setelah Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib
Abdul Razak mengumumkan pembubaran dewan parlimen dan disusuli pengumuman
tarikh pencalonan dan pembuangan undi oleh pihak Suruhan Pilihan Raya (SPR),
maka ‘serangan demi serangan’ daripada pihak Pakatan Rakyat terhadap Barisan
Nasional semakin hebat, yang mana semua ini seolah-olah lambat dibaca oleh
pihak strategik Umno-Barisan Nasional. Dan apa yang dapat dilihat kini,pihak
Umno khususnya sedang dalam keadaan panik dan buntu dalam mengumumkan bakal-bakal
calonnya ditambah lagi masalah dalaman parti yang kian meruncing.
Kejutan meletus lagi dalam beberapa hari yang lalu apabila Tun Mahathir Mohamad
seolah-olah menawarkan diri bertanding di Putrajaya P125, kununnya hendak
mempertahankan kubu hasil ‘ciptaannya’ daripada ditawan oleh Pejuang Pakatan
Rakyat – Dato Husam Musa. Inilah lagi satu perkara yang sukar diramal oleh
pencinta politik tanahair sebelum ini dan menjadikan suasana perang politik
semakin rancak dan ‘panas’.
Apapun yang sedang berlaku semua ini adalah ketentuan dan
perancangan daripada Allah SWT Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Bijaksana. Sebagai
rakyat yang inginkan agama Allah SWT ini ditegakkan dan syariatnya dilaksanakan
mendoakan agar Allah SWT bagi kemenangan kepada penolong-penolong agama-Nya
yang ikhlas dan tumbangkanlah parti dan kerajaan yang menentang kerajaan Allah
SWT.
Oleh itu, kepada rakyat di kawasan Putrajaya P125 marilah
kita memberikan undi kepada Pejuang kita iaitu Dato’ Paduka Haji Husam Musa dan
mendoakan beliau menang dan menjadi wakil kita di dalam dewan rakyat kelak.In
Shaa Allah.
Takbir! Allahu Akbar. Dunia sedang mengikuti perkembangan P-125 Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan