Gendang sudah dipalu, gelanggang pun sudah dibuka. Begitulah suasana yang berlaku di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. Ini adalah pilihanraya kecil yang ke-12 dan ke-13 masing-masing selepas pilihanraya umum ke-12 pada 2008 lalu.
Bagi rakyat, ini adalah satu peluang untuk mereka menyuarakan isi hati yang sekian lama dipinggirkan terutamanya rakyat dari spesis marhaen lagi miskin. Beginilah politik Malaysia yang berkerajaankan Umno-BN, apabila ada pilihanraya kecil maka barulah projek berjuta-juta diumumkan untuk kawasan tersebut semata-mata untuk memancing undi. Dewasa ini kebiasaannya, golongan tua atau warga emaslah yang menjadi sasaran dan mangsa, kerana golongan ini memang sudah sekian lama menanti dan terus menanti durian runtuh sebegini. Namun akhirnya ia hanya janji tinggal janji seperti kebiasaannya.
Bagi orang muda atau golongan belia perkara kebiasaan ini sudah menjadi luar biasa kepada politik Malaysia. Golongan muda kini berani melawan arus politik kotor kerajaan sekarang dan segala kerenah parti-parti politik. Kelebihan yang ada pada golongan muda belia adalah mereka celik "IT" dan mempunyai cara berfikiran yang baru daripada generasi sebelumnya. Kemaraan dan keghairahan mereka juga dalam memperjuangan hak-hak asasi manusia(rakyat) berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Tidak kurang juga dalam menentang perundangan dan dasar yang menindas dan menzalimi rakyat tanpa pembelaan yang sewajarnya. Kesimpulannya generasi baru sekarang yang dinamik lebih menghendakkan kerajaan yang islamik, telus dan adil serta menolak rasuah yang kini betul-betul merosakkan sistem kenegaraan.
Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi ini juga menjadi sejarah apabila pihak SPRM mengumumkan pembuanganundi diadakan serentak pada 4 November 2010. Mungkin sesetengah pihak dan parti tidak berasa selesa dengan tarikh tersebut ekoran hari tersebut adalah hari waktu orang ramai bekerja. Seharusnya ia diadakan pada hari hujung minggu agar pengundi dapat menunaikan tanggungjawab membuang undi dengan selesa dan sempurna. Mungkinkah keputusan SPRM ini dibayangi pihak kerajaan (Umno-BN)? Inilah yang kekadang bermain difikiran pihak pembangkang kerana SPRM dilihat tidak bebas dengan membuat sesuatu yang diluar jangkaan seperti apa yang dihendakkan oleh pihak satu lagi. Ini mengakibatkan ada pihak yang menunda tarikh persidangan DUN dan terpaksa menggunakan cuti peristiwa bagi memberi keselesaan pengundi menunaikan tanggunjawab.
Apapun, tidak perlulah ada persepsi berkaitan itu. Apa yang penting penumpuan kepada pengundi agar mereka dapat menunaikan tanggungjawab dengan aman dan tenteram tanpa ada gangguan yang tidak perlu. Seperti biasa semua tahu, pihak keselamatan Polis memang cemerlang dalam menjalankan tugas dalam pilihanraya kecil sebegini.
Kepada pengundi di N.45 Galas, Kelantan dan P.185 Batu Sapi, Sabah tunaikanlah tanggungjawab anda dengan memilih calon parti bertanding yang dapat membela anda sebagai wakil rakyat. Tolak calon parti yang tidak telus, sekular, membazir, rasuah dan tidak lihat batang hidung selepas sahaja menang.
Selamat mengundi!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan