Assalam.
Jom kita hayati tulisan ini..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom kita hayati tulisan ini..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Jumaat
4 Sept 2015
Tiada Yang
Mustahil Dalam Mencapai Cita-Cita...
Cita-Cita...
Setiap orang pasti ada cita-citanya yang tersendiri...
Cita-cita awak dan saya mungkin sama dan mungkin juga berbeza...
Ada orang yang nasibnya baik, mudah sahaja dia mencapai
cita-citanya...
Ada orang yang sebaliknya (tapi bukan malang), jadi dia kena berkerja
lebih gigih untuk capai cita-citanya itu. Banyak rintangan dan halangan yang
perlu dia hadapi sebelum beroleh apa yang dia hajati..
Maka bagi sesetengah orang mereka berkata "Maka beruntunglah
orang yang lahirnya sudah kaya dan sudah punya gelaran jadi dengan mudah sahaja
masa depannya pasti lebih mudah untuk bersinar..." Benarkah hidup ini
sezalim itu? Tidak, Jawapannya tidak sama sekali. Hidup kita, kitalah yang
corakkannya...Samada kita mahu ia diwarnai dengan warna yang kelam dan kusam
atau diwarnai dengan warna yang cerah dan bersinar... Jadi jangan pernah
salahkan takdir yang pernah tertulis untuk kita, bila kita tak dapat apa yang
kita hajati andai sahaja kita sendiri pun tak pernah mensyukuri apa yang telah
kita perolehi selama hidup di bumi.
Orang yang lahirnya sudah kaya dan punya gelaran pun belum tentu dia
boleh punya masa depan yang cerah, andai saja dia itu tak pernah bersyukur
dengan apa yang dia ada dan tamak haloba dengan harta dunia semata-mata dan
malas berusaha serta tidak bercita-cita. Bayangkan saja seorang anak yang
dilahirkan dalam keluarga hartawan yang punya banyak syarikat tapi malas dan
enggan mencari ilmu, tak tahu bidang perniagaan, tak tahu selok belok
perniagaan, malas juga bekerja dan segala kerjanya dan urusan perniagaannya
diharapkan pada pekerja-pekerjanya dan dia itu mempunyai perangai yang sangat
ego dan berlagak walhal dia itu "zero" dalam bidang perniagaan dan
kerjayanya apakah akan jadi seterusnya? Pasti saja bukanlah sesuatu yang
mustahil untuk anak yang mewarisi harta itu jatuh muflis dek kerana perangainya
yang bodoh sombong dan malas berusaha itu. Harta walau setinggi gunung Everest
pun, kalau tidak dijaga dengan betul dan asyik ditarah saja lama-lama semakin
menyusut jugak.
Orang yang lahirnya miskin dan menderita tak semestinya dia tidak akan
menjadi individu yang berjaya. Jika dia rajin berusaha dan mencari peluang
serta rajin juga berdoa dan bersolat serta tidak mudah putus asa dalam mencapai
cita-citanya, rajin pila menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat maka satu hari
nanti pasti dia akan menjadi insan yang berjaya. Percayalah kejayaan yang kamu
perolehi hasil usaha sendiri selepas menempuh pelbagai cabaran hidup yang
berliku itu lebih manis dan besar ertinya, berbanding jika kejayaan yang hanya
ditumpang atas keringat dan usaha orang lain.
Setiap dari kita pasti punya kelebihan yang tersendiri. Jadi
berbekalkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang kita ada itu ditambah pula
dengan minat sebagi dorongan, maka jadikanlah impian kita itu satu kenyataan.
Gunakanlah kelebihan yang kita ada itu sebaik-baiknya. Misalnya kamu pandai memasak dan minat memasak dan belajar memasak,
maka ikutlah cita-cita kamu itu untuk mula membuat tempahan katering
kecil-kecilan, kemudian apabila telah menapak hasil bolehlah kembangkan
perniagaan itu pula. Contoh lain, jika kamu minat melukis dan punya bakat
lukisan yang hebat. Apa kata kamu ketengahkan bakat kamu itu, dan mula menjual
karya kamu selain dapat memanfaatkan hobi masa lapang, jadi juga hobi itu sebagai
mata pencarian tambahan.
(Sejujurnya..saya memang amalkan ini.. Kenapa? Demi kelangsungan hidup
dan demi cita-cita untuk berjaya dalam hidup, tanpa bekerja makan gaji juga boleh
berjaya..
Jadinya, kita kena tahu kelebihan / keistimewaan diri kita terlebih
dahulu, kemudian minat kita. Kemudian barulah pasang azam dan cita-cita. Kalau
hendak berjaya kena ingat dan amalkan kata kunci ini :
CUDT ( C =
Cita-cita, U = Usaha, D = Doa, T= Tawakal)
Dalam mencapai cita-cita juga tidak ada istilah mustahil dan tidak ada
istilah terlambat. Jangan malu untuk berusaha atau menimba ilmu. Tidak ada
istilah terlalu senja (terlalu tua) untuk mencari ilmu atau berjaya. Jadi,
dalam hidup ini kita kena tahu apa yang kita inginkan dan apa matlamat hidup
kita. Seterusnya usahakanlah dan rebutlah peluang yang terbentang luas dalam
mencapai matlamat. Andai kita ini diejek kerana cita-cita kita dikatakan
mustahil untuk dicapai, maka janganlah menangis atau putus harapan. Sebaliknya
kamu harus buktikan kepada manusia-manusia yang mengejek kamu itu yang kamu
jufga akan menjadi orang yang berjaya malah lebih berjaya dari mereka yang
mengejek kamu itu. Setiap kali kita dikritik atau idea kita ditolak janganlah
mudah "sentap", merajuk atau simpan dendam. Sebaliknya, jadikan
kritikan dan penolakan itu sebagai satu titik tolak untuk kita mencari idea
yang lebih baik dari itu dan berusaha lebih gigih lagi dalam mencapai apa yang
kita inginkan.
Dan jangan pernah lupa yang kita sentiasa ada Allah swt, maka
berdoalah apa sahaja yang dihajati. Jangan sombong untuk berdoa dan jangan
pernah lupa Tuhan apabila sudah berjaya dan jangan sesekali salahkan Tuhan
apabila kita tak dapat mencapai apa yang kita inginkan.. Kerana sesungguhnya
Allah swt itu tidak pernah zalim terhadap kita, sebaliknya kita sendiri yang
mezalimi diri kita sendiri.
Akhir kata, Semoga kita semua beroleh segala cita-cita yang kita
hajati... (^__^)
Saya sendiri pun masih lagi mencuba dan terus mencuba untuk mencapai
cita-cita..
Doakan saya juga berjaya ye..
Yang
Ikhlas...
Nora Noordin
Fridge Magnet
Aka Peminat
Tegar thomas and Friends dan Fridge magnet Worldwide
Visit my
pages..
https://m.facebook.com/AdderlynaFridgeMagnetWorldwideOnline
https://m.facebook.com/ThomasnFriendsMerchandise
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah seorang ahli perniagaan online yang cekal, berpengalaman serta dikenali ramai. Silalah lawat facebook page beliau seperti dalam links di atas untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan yang sedang diceburinya. Semoga apa yang dikongsikan diatas sama-samalah kita jadikan motivasi dalam meneruskan hidup dan juga dalam mencapai cita-cita @ matlamat. Sesungguhnya tiada yang mustahil didunia ini jika kita terus berusaha, doa dan bertawakkal kepada-Nya.
Wallahua'lam. Sekian.