Sabtu, 29 Ogos 2015

Salute! Bersih 4.0





Secara umumnya nak juga katakan bahawa program himpunan Bersih 4.0 ini amat berjaya dan berjalan dengan lancar serta aman. Seperti yang dilaporkan ratusan ribu telah turun ke jalan raya dan dataran di sekitar ibu kota Kuala Lumpur dengan pakaian keramat berwarna kuning. Apa yang agak menarik kali ini tiada kejadian provokasi melampau dan tindakan agresif daripada mana-mana pihak baik dari perserta Bersih maupun di pihak keselamatan. Dan seharusnya semua pihak menghargai segala usaha kerjasama yang telah dilakukan. Sememangnya pun program besar seperti ini yang kalau dulu ianya lebih dikenali dengan tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan dimana sesetangah pihak khususnya pihak pemerintah memandangnya secara negatif. Namun pada dasarnya ia hanyalah himpunan atau perarakan aman dalam usaha untuk menyampaikan mesej kepada pihak yang berkenaan setelah beberapa cara dan beberapa kali pihak berkenaan tidak mengendahkannya. Disamping itu juga, bagi menyampaikan mesej kepada dunia luar secara global melalaui liputan berita dan sekarang ini lebih mudah penyebaran dan perkongsian melalui media social. Jadi, syabas diucapkan kepada pihak penganjur, peserta yang terdiri dari orang awam dan rakyat seluruhnya juga tak lupa kepada pihak keselamatan yang mengawal dengan baik.


Walaupun ada juga kedengaran bahawa berkemungkinan darurat atau kerahan anggota tentera sekiranya keadaan tidak terkawal dari himpunan Bersih 4.0 kali ini, namun keperluan kearah itu sebenarnya memang tidak diperlukan buat masa ini dan mungkin tidak kena pada tempatnya. Namun begitu kita juga menghormati segala usaha yang dibuat oleh pihak keselamatan, yang mana kita faham semua itu demi kepentingan dan keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan negara. Dan kita yakin segala peratauran dan arahan sememangnya sudah di patuhi dan diselia oleh penganjur Bersih itu sendiri. Lagipun, ini adalah Bersih siri yang keempat yang bermaksud pengalaman sebelum ini telah mematangkan semua pihak. Syabas sekali lagi.


Hendak juga disentuh disini bahawa, beberapa kejutan berlaku dalam Bersih 4.0 kali ini. Pertamanya, walaupun Pakatan Rakyat boleh dikatakan sudah retak dimana pihak Pas telah mengarahkan agar ahli-ahlinya tidak turut serta dalam himpunan Bersih 4.0 kali ini namun himpunan ini tetap juga dianggap berjaya dengan bilangan mereka yang menyertainya lebih kurang sama himpunan Bersih sebelumnya semasa ketiga-tiga komponen besar Pakatan iaitu PKR-PAS-DAP bergabung.  Keduanya, Ketua Menteri Sarawak telah secara rasmi membenarkan program himpunan Bersih 4.0 ini berjalan di bandaraya Kuching dengan syarat ia mestilah berlangsung secara aman. Walaupun kedengaran bahawa keputusan membenarkan himpunan itu adalah dalam usaha untuk mengambil hati rakyat Sarawak bersempena pilihanraya umum bagi DUN Sarawak yang kian mendatang. Apapun, perkara ini seharusnya semua pihak melihatnya secara positif bahawa tiada sesiapa yang boleh menafikan hak-hak rakyat dalam bersuara secara aman yang mana ia tiada melanggar mana-mana akta malah ia dilindungi seperti yang dilaporkan dan dalam masa yang sama pihak berwajib haruslah memberikan kerjasama yang baik seperti mengeluarkan permit berhimpun dan sebagainya, dan segala apa syarat pun yang rasanya pihak penganjur tiada masalah untuk dipatuhi. 


Kejutan seterusnya, saya fikir ini agak diluar jangkaan rakyat Malaysia. Dimana bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri telah hadir di perhimpunan Bersih 4.0 bersama rakyat di Dataran Merdeka petang tadi. Kalau kita lihat sejarah, beliau antara tokoh dan pemimpin yang kuat mengkritik dalam mana-mana program seperti tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan yang menuntut berbagai hak daripada pihak pemerintah. Namun apa yang berlaku hari ini, seolah-olah ia adalah mimpi khususnya bagi peserta himpunan Bersih 4.0 kali ini. Sekaligus, kehadiran Tun Dr Mahathir telah meningkatkan moral dan semangat rakyat khususnya yang ingin sangat melihat perubahan besar berlaku dalam negara kita sekarang. Perubahan besar yang dimaksudkan adalah, bersihkan barisan kempimpinan neagara, bersihkan system pentadbiran keselamatan dan juga kehakiman dalam negara. Bersihkan ekonomi dari rasuah yang semakin berleluasa. Bersihkan…bersihkan…bersihkan semuanya dari segala kekotoran hasil daripada tangan-tangan kotor yang sedang berkuasa dan mencengkam rakyat. Pulihkan dan hapuskan bebanan yang dipikul rakyat dalam meneruskan kehidupan seharian yang semakin tertekan dan mencabar. Kembalikan hak-hak rakyat, royalty minyak, menikmati harga petrol dan diesel yang murah dan berpatutan. Hapuskan GST! Aktifkan peranan pusat zakat seluruh negara bagi menolong golongan asnaf yang masih ramai tercicir dari senarai, dan lain-lain. 


Namun, perubahan besar yang paling utama pada kali ini adalah, tumbangkan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno. Cukuplah rakyat beri peluang sejak beberapa dekad, beberapa penggal itu pun disebabkan hasil daripada sistem pilihanraya yang kurang telus, yang telah menerima terlalu banyak pertikaian dan kesangsian yang melamapu secara terang lagi bersuluh. “Black 505”… ingatkah lagi?! Akan cuba disembangkan pada masa akan datang.


Ingin juga menyentuh berkaitan himpunan Bersih 4.0 kali ini. Walaupun secara keseluruhannya penganjuran Bersih 4.0 kali dilihat berjaya tanpa ada bentuk provokasi dan tindakan agresif melampau, kita juga sedikit sebanyak berasa kesal dengan tohmahan, kritikan dan komen yang tak membina sama sekali baik dalam berita maupun dalam laman media social. Kita mendapati terlalu banyak mereka yang keliru dan tersalah faham dalam membincangkan isu-isu politik yang kini sedang berlaku dalam negara. Sampai ke satu tahap yang agak menyedihkan, ia mengheret persoalan agama dan perkauman yang mana ini memang boleh mencetuskan suasana yang huru-hara. Ini mungkin disebabkan adanya perasaan  emosional dan ketaksuban yang keterlaluan oleh  seseorang individu terhadap sesebuah wadah atau perjuangan yang dibawanya yang akhirnya tidak dapat dikawal dan mencetuskan perbalahan sekaligus mengajak komentor-komentor lain membuat perkara yang sama. Dan jika beginilah cara kita menggunakan kemudahan media social maka, usahlah kita berangan-angan atau berlagak bijak dalam hendak membincangkan soal yang serius seperti isu politik sedangkan diri sendiri terperangkap dalam persoalan yang tiada jawapan malah mengusutkan semua pihak.       
  

Berkenaan dengan Bersih 4.0 ini juga, macam biasa pihak media perdana yang dikuasai pemerintah telah melaksanakan propagandanya. Kedengaran bahawa hanya dua puluh lima ribu sahaja yang hadir dalam program himpunan Bersih 4.0 kali ini yang mana mesej yang hendak disampaikan bahawa Bersih kali ini tiada mendapat sambutan oleh rakyat. Bagi kita, soal angka berapa ramai yang hadir itu bukan persoalan utama, tapi yang paling utama adalah mesej dalam bentuk tuntutan rakyat itu yang hendak disampaikan. Dan rakyat seluruhnya yakin, malah seluruh dunia tahu bahawa rakyat Malaysia mahu seorang pemimpin yang BERSIH dalam memandu rakyat dan negara ini menjadi aman damai serta kaya ekonomi, dan juga sebuah kerajaan yang  menghormati, mendengar dan bertindak diatas setiap luahan suara dan penderitaan RAKYAT



Wallahua’lam.

Antara foto-foto Bersih 4.0 yang di share dalam laman sosial dan teringin re-share-kan untuk semua.








 

Selasa, 11 Ogos 2015

Jom travel... belanja foto aje


Assalam...

Nak share foto boleh? Suka melihat pemandangan dari udara. Terutamanya awan yang memutih berlatar belakangkan langit yang membiru. Juga berlantaikan bumi yang menghijau. Memang nikmat melihat pemandangan dari atas udara. 



Gambar atas: Bandar Tawau



 
 Ruang udara Tawau


Ruang udara Keningau


Keningau 


 Awan Stratosfera


 Daerah Keningau


Sempadan Keningau - Kota Kinabalu 


 Landing time, zam zam ala kazam...


 Pulau Manukan & Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

Ok sampai sini dulu, lain travel jumpa lagi...bye

~ Boleh Bah Kalau Kau ~

Sabtu, 8 Ogos 2015

Bukan anti-Goverment, tapi Corruption

Assalam..

Rasa boring pulak malam ni, ntah kenapa. Mungkin kerana rutin harian yang gerafnya mendatar je kan. Mungkin jugak kesan akibat musim 'suwell' sekarang ni... apapun mohon jangan ada yang sewel dah la kan..kan..

So... bagi nak mengisi sisa ruang malam ni, rasa macam nak membebel jugak la. Ntah tiba-tiba rasa sel-sel otak bersambung selepas mentelaah info yang tak diundang di muka buku. Rasa boring dan bertukar jadi rasa terpanggil untuk menyambung sedikit posting daripada salah seorang atlit diving tersohor negara.. siapa lagi kan cik Pandalela Rinong. Sori, saya tak berapa tengok acara ni, bukannya apa korang paham-paham sindri la kan..

"I'm not anti-government but I am anti-corruption" - Pandalela.

Ekceli... english saya kureng sikit so betulkan kesilapan yang ada okey. Oh! My English..  

Betullah tu apa yang dia cakap tu kan. Kita bukannya anti-kerajaan atau nak lawan kerajaan yang sedia ada. Tidak sama sekali ini kerana tidak dapat tidak, kita kena jugak terima hakikat kerajaan yang ada ini sebagai kerajaan yang sedang memerintah malah direstui oleh DYMM Agong. Betul tak? So balik semula posting Pandalela tadi, memang kita tak anti-kerajaan tetapi yang kita anti dan yang nak kita banteras adalah masalah rasuah (corruption) yang "terr"-diamalkan dalam pentadbiran.  

Sejujurnya, dari satu segi I am (dengan izin) setuju dengan pendapat atlit ni, iaitu pasal anti-rasuah. Gejala rasuah ni seingat kita sudah berdekad lamanya dikempenkan. Namun sehingga kini bukan masalah ni semakin berkurang malah sebaliknya. Dan yang hebatnya ia diamalkan oleh segelintir individu-individu yang mempunyai ranking tertinggi dalam pentadbiran negara. Bukan saya kata tapi ini apa yang dilaporkan dalam dada-dada akhbar perdana media cetak dan elektronik. Dan kalau tak silap pernah diistiharkan suatu masa dulu, gejalah dan masalah rasuah ini sudah mengambil alih ranking musuh nombor satu negara, yang mana sebelumnya ialah masalah dadah. Dulu di sebut najis dadah. Tapi Ustaz Azhar Idrus dah betulkan, dadah bukan najis. So... buang najis tu, bubuh dadah cukup. Paham la tu kan..kan.. (huhu).

Hari ini, kita amat berasa sedih dan risau dengan isu-isu yang berkaitan dengan masalah rasuah ni. Apa makna rasuah? Corruption? Ada yang kata tak amanah, salah guna kuasa dalam melaksanakan sesuatu tugas yang kebiasaannya dilakukan oleh individu atau kumpulan yang lebih berkuasa (berpangkat/berjawatan tinggi) dalam mana-mana sektor awam atau swasta terhadap orang lain untuk kepentingan tertentu yang menyalahi peraturan dan undang-undang dengan cara ada pihak yang memberi dan yang pihak satu pula menerima sesuatu habuan. Contoh paling senang, cer rajin-rajin sikit buka Astro Oasis channel 106 setiap pagi... haa dia ada kempen setiap hari pasal rasuah walaupun hanya dengan belanja nasi lemak.. (ala berapa sen sangatlah harga nasi lemak ni..) lebih kurang gitu la dialog skripnya. Mahal murah, banyak sedikit habuan yang diberi dan diterima dengan niat dan cara yang haram, ianya tetap rasuah.

Oh Astro takdak ye... RTM ada jugak kot, biasanya akan diselang-selikan dengan Wan Maimunah yang hari-hari kena ragut barang kemas.. (hehe.. kempen iklan sikit bohh).

Jadi, apa yang kita dapat lihat dan saksikan sekarang ni, gejala ni semakin parah dan akan terus bertambah parah, jika...??? Dan yang hebatnya jika ia melibatkan pemimpin atasan negara, maka boleh hancur negara ini jika tiada pihak yang membendung dan menghukum mereka yang terbukti melakukannya.

...Tak tau nak bebel apa lagi, just nak habiskan rasa boring dan ruang sisa malam ni. Nak ajaklah kan kepada semua kan, bahawa sekiranya kita ni masih sayangkan diri, agama, bangsa dan tanah dimana tempat tumpah darah kita, sama-samalah bermuhasabah, merenung dan berfikir sejenak dalam langkah kita terus menyusuri masa sehingga masa itu habis. Maksudnya, Allah swt beri kita akal fikiran dan jasad sempurna untuk melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada alam ini dan seisinya. Kerajaan yang memerintah adalah kehendak-Nya dan kita redha, namun korupsi tetap haram disisi-Nya dan tiada keredhaan padanya. Paham la yang tu kan... so apa lagi mulakan perubahan!

"Past I have mine. Your past was yours. Our future is ours together." ... apa kena mengena dengan kuota ni pun kita tak tau, takpa la asal bukan CORRUPTION sudah.

Wassalam, gudnite.





 

 
Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.