Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Betapa lajunya masa berjalan hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Seolah-olah masa ini telah hilang keberkatannya. Mungkinkah ini yang pernah disabdakan Nabi SAW:
Allahu Rabbi.
Apa yang pasti semua yang disabdakan oleh Nabi SAW sahih belaka dan akan menjadi kenyataan cuma manusia ini yang selalu dalam keadaan lalai dan leka. Betapa beruntungnya mereka yang sedang dalam keadaan beriman dan beramal sungguh-sungguh untuk dunia dan akhiratnya, sebaliknya rugilah bagi mereka yang sedang hanyut dalam arus dunia yang penuh sendaloka dan sandiwara dan terlalai daripada menyiapkan bekalan (iman dan amal) untuk suatu perjalanan yang jauh menuju ke alam akhirat yang mana di sana kekal abadi. Jika akhirnya di sana nanti mendapat rahmat Allah, maka senang dan bahagialah dia selama-lamanya yang tiada penghujungnya, dan begitu juga jika akhirnya di sana nanti mendapat murka dan seksa dari Tuhan Yang Maha Esa Allah SWT, maka derita dan azablah yang diterimanya untuk selama-lamanya, selama-lamanya. Na'udzu min zalik.
Jika masih dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan lagi pada tahun ini, dapatlah kita bertemu suatu bulan yang mana bulan yang dipenuhi rahmat, berkat dan keampunan bagi hamba-Nya iaitulah Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Beruntunglah bagi mereka yang memanfaatkan hari-hari dalam bulan ini dan rugilah bagi mereka yang sekali lagi terlalai dan leka semata-mata untuk memenuhi tuntutan dunia yang hanya sementara sifatnya serta tiada sedikit nilai pun disisi Allah SWT.
Marilah kita merenung dan mengimbas kembali masa kebelakang. Apakah masih sama yang dulu dan yang kini? Sudah pasti semuanya berubah. Yang muda sudah menjadi tua, yang tua ada sudah kembali ke tempat asalnya (alam akhirat). Datuk, nenek, emak, ayah, saudara-mara, sahabat dan orang-orang yang kita kenal dan sayangi. Allahu Rabbi, amat menyedihkan dan merindui masa-masa lalu semasa bersama mereka. Kita yang masih hidup ini pula pasti akan menyusur kemudian hanya Allah SWT saja yang tahu, bila? Jika kita sudah merenung kebelakang, adakah kita merasa keinsafan? Jika ada perasaan sebegitu, Alhamdulillah itu menandakan kita masih mempunyai iman. Sebaliknya sungguh malang jika tidak berasa langsung. Dan ini sangat berbahaya. Kenapa? Ini tanda iman sudah sakit dan perlu dirawat segera sebelum terlambat.
Semoga kedatangan Ramadhan bulan yang penuh berkat, rahmat dan keampunan ini kita sama-sama mengambil kesempatan untuk mensucikan segala dosa dan zulmat yang sekian lama menjadi darah daging kita. Semoga kita diberikan kesihatan agar dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Juga, perbanyakkan sedekah dalam bulan ini dan menggandakan amal ibadah dari bulan-bulan lainnya. Sama-sama kita memberatkan solat sunat terawih, kerana hanya dibulan ini sahaja adanya solat ini anugerah Allah SWT. Dan yang lebih besar lagi dalam bulan ini terdapat satu malam yang mana kehebatan dan kelebihan satu malam itu bersamaan seribu bulan jika hamba-Nya tahu.
Begitu juga, dalam bulan yang penuh berkat ini jangan kita lupakan saudara-saudara kita yang kini menerima ujian Allah SWT seperti di Mesir, Syria, Palestin dan dimana saja. Berilah sokongan dari segi tenaga, harta dan masa dalam berjihad mempertahankan agama yang suci ini agama Islam dari musuh-musuh Islam. Disamping itu, marilah kita selalu menodakan saudara-saudara Islam kita khususnya yang berada di Mesir, Syria dan Palestin dan Mujahideen seluruh dunia semoga Allah melindungi mereka dan memberi kejayaan yang besar. Dan doakan kehancuran terhadap musuh Allah SWT dan Rasul-Nya. Allahu Akbar!
Selamat Berpuasa - Ramadhan Kareem.