Memang sesungguhnya best kalau kita ini seorang yang kaya, boleh memiliki apa saja dari segi materialistik, kemewahan, lifestyle, boleh 'tackle' puteri anak raja dan macam-macam lagi termasuk seperti apa yang terkandung dalam lirik lagu berikut...hahaha. Siap boleh tolong bayar bil-bil jiran, upah Michael Schumacher sebagai driver segala...Lirik Terbaik!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas
jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal
hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas
jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi
kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tapi secara realitinya aku bukan orang kaya walaupun dah berusaha siang malam cari duit tetap juga berada dalam golongan berpendapatan rendah. Gaji hujung bulan cukup makan selepas bayar hutang sana, hutang sini, hutang keliling pinggang. Ditambah pula kenaikan harga barang dan makanan, kenaikan kos utiliti seperti air dan letrik, kenaikan kos bahan api petrol dan diesel, kenaikan kos perkhidmatan, hinggakan Astro punya bayaran bulanan pun dah naik kata kawan-kawan.
Memang ramai yang melatah dan mengeluh dengan kos taraf hidup yang semakin tinggi. Tidak kurang juga ada yang menyokong dengan pengurangan subsidi dan pengenalan GST pada akan datang yang dikatakan boleh memberi kebaikan kepada ekonomi negara juga rakyat seluruhnya...aduhai?
Yang pasti, kita akan lihat golongan yang kaya akan bertambah kaya dan miskin bertambah tertekan. Golongan pertengahan pula bagaimana?