Syukur Alhamdulillah, sekali lagi dengan limpah nikmat dan kurniaan serta kasih sayang Allah SWT, majlis sukaneka PASTI Kawasan Tawau dapat berlangsung dengan jayanya pada 15 May 2011 setelah beberapa kali tertangguh akibat sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan termasuklah hujan lebat yang berpanjangan.
...bulan purnama mengambang di pagi hari.Takbir! Allahu Akbar.
...tu dia. Ni lah pasukan yang memenangi acara perbarisan iaitu dari sekolah PASTI Nurul Hidayah, Log Pond. Lihatlah adik di hadapan tu bukan main semangat lagi...tahniah!
...bendera kejohanan hendak dinaikkan. adik-adik ni semua bakal pemimpin PAS suatu hari nanti.
Ucapan oleh saf kepimpinan PASTI Tawau, Sabah.
...haa, ni korang nak tau...ni barisan tempur hadapan 'si baju hitam' dengan bunga-bunga silat oleh persembahan adik-adik yang semuanya terdiri daripada anak-anak ahli PAS Tawau.
...yaaa, lari dik...ni lah antara acara sukaneka iaitu lumba lari. Untuk pengetahuan, acara sukaneka ni dikendalikan secara berasingan antara muslimin dan muslimat. Ini adalah satu contoh yang baik dan patut dicontohi oleh semua, yang mana anak-anak kita sudah terdidik dengan amalan Islami (muhrim) agar mereka dapat memahaminya dan mengamalkannya sehinggalah dewasa dan menjadi seorang mukmin sejati serta membela syari'at agama ini (Islam).
Beginilah suasana pada majlis sukaneka PASTI Kawasan Tawau bertempat di Padang Bandaran Tawau, Sabah. PASTI Kawasan Tawau meliputi daerah Tawau, Merotai, Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Jarak antara satu daerah ke satu daerah ni memang jauh sehingga 200km atau 3 jam perjalanan. Tapi dengan semangat PASTI, itu semua tidak menjadi masalah dan halangan demia perjuangan ISLAM.
Tahniah...Tahniah...Tahniah PASTI TAWAU
Semoga bertemu kembali pada tahun hadapan 2011
Takbir!!!
Allahu Akbar!
Walillahilham.