Khamis, 31 Mac 2011

Kekadang sedih apabila melihat tekanan yang bertali arus terhadap kerajaan Pas di Kelantan oleh pihak seterunya. Tapi dalam hal agama (Islam) mungkin penganutnya harus mempertahankan apa yang kerajaan Tok Guru Nik Aziz telah lakukan berkenaan pengharaman premis-premis loteri atau kedai ramalan nombor ekor.

Sebagai seorang muslim kita tidak boleh berkata soal hak asasi manusia lagi kerana hak empunya bumi dan langit yang manusia diami ini lebih berhak menentukannya. Dia (Allah) tuhan sekalian makhluk telah perintahkan judi itu haram maka perkara itu tetap jadi haram. Sesiapa yang kata itu hak asasi lah, amalan orang bukan Islam lah itu lebih kepada politik dunia dan nafsu semata-mata.

Dalam judi, siapakah yang beroleh keuntungan? Tokey kedaikah atau pembeli nombor ekor atau kedua-duanya untung? Ini persoalan yang perlu kita fikir. Adakah sesiapa ingin rugi? sebab itu Maha Pencipta ini Maha Mengetahui amalan judi ini merugikan salah satu pihak kalau tidak pun kedua-duanya. Jadi sebagai pengganti judi ini, Allah SWT mencipta amalan jual dan beli dan menghalalkannya yang mana sesuai untuk manusia dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.

Oleh itu sama-samalah kita menyokong usaha Tok Guru ini dan buanglah pemikiran politik dunia yang tidak kemana.

Takbir! Allahu Akbar.

Wallahua'lam.

Isnin, 28 Mac 2011

'Tukang' kecewa tidak dibayar upah..

Kedengaran desas-desus yang projek perumahan PPR di Kg Pasir Putih sebahagiannya terbengkalai. Ia berpunca daripada pekerja-pekerja kontrak (tukang) yang diupah membuat rumah tersebut tidak dibayar. Jika benar, ini suatu perkara yang tidak betul dan berunsur penipuan terhadap rakyat secara amnya.

Dikatakan ada diantara orang tengah yang tidak amanah yang menyebabkan pembayaran tidak sampai ke tangan tukang-tukang tersebut. Pihak yang terbabit sepatutnya berhati perutlah sedikit kerana mereka ini sudah melaksanakan tugas bagi mencari rezeki untuk dibagi kepada anak bini mereka.

Kekurangan atau ketiadaan wang peruntukan daripada kerajaan atau YB kawasan mungkin tidak berasas kerana peruntukan sebanyak RM40 ribu bagi sebuah rumah telah diumumkan sebelum ini dan sepertimana yang disiarkan di akhbar tempatan.

Apapun, pihak yang menguruskan projek ini harus bertanggungjawab atau projek PPR ini terbengkalai dan yang menjadi mangsa dan teraniaya adalah rakyat yang sangat memerlukan. Seperti yang diketahui PPR ini adalah untuk mangsa kebakaran di Kg Pasir Putih Tawau yang berlaku pada hujung bulan puasa tahun 2010.
Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.