Rabu, 27 Ogos 2008

Permatang Pauh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Tanggal 27 Ogos 2008 - Secara keseluruhannya rakyat Malaysia telah menampakkan kematangan berfikir dan membuat keputusan yang bebas. Tiada yang lebih bermakna bagi rakyat Permatang Pauh khasnya dan rakyat seluruh Malaysia amnya melainkan doa dan impian mereka terkabul melalui keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh P-44. Keputusan yang tercipta semalam telah membuktikan rakyat Malaysia inginkan perubahan segera dari bawah hinggalah ke pusat pentadbiran negara. Bagi yang sememangnya merindukan kebenaran, ketenangan, keadilan pasti merasa lega dan bersyukur dengan keputusan yang tercipta, dan sebaliknya kepada yang masih terjajah mindanya maka hari ini adalah hari yang sukar untuk diterima. Apapun ini semua adalah takdir Ilahi, Dia-lah yang merancang dan menentukan segalanya.

Jika apa yang berlaku hari ini adalah yang diredhai, maka bersedialah rakyat Malaysia untuk bersama-sama memulakan langkah yang teratur lagi bersemangat untuk mendukung panji-panji rakyat ini ke tempat yang telah dijanjikan. Semoga dengan langkah-langkah ini akan menapak hingga ke Putrajaya dan akhirnya meneruskan dan menjayakan agenda rakyat untuk setengah abad yang seterusnya demi untuk bumi Malaysia yang tercinta ini. Rakyat engkaulah kuasa dan Peminpin engkaulah kemudi untuk menentukan halatuju bahtera Malaysia ini. Semoga bermula di pelabuhan Permatang Pauh dan insyaAllah akan sampai ke destinasi utama Putrajaya.

Wallahua'lam.

Rajab Mariali.

Rabu, 13 Ogos 2008

Abadan-abadan...

Bismillahirrahmanirrahim..

Manusia adalah dihantar ke dunai ini untuk menuntut keperluan mereka untuk di jadikan bekal menuju balik semula ke "kampung" halaman iaitu syurga Allah swt. Tidak ada seorang pun yang akan tertinggal malah semua akan dipastikan kembali semula di tempat asal. Orang yang beriman kepada Allah swt akan di beri ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir beberapa sungai dan mereka tinggal di situ kekal selama-lamanya, sebaliknya oranng-orang yang ingkar kepada Allah swt akan diberi juga ganjaran berupa neraka yang apinya berwarna hitam legam kerana kepanasan yang melampaui jangkauan fikiran manusia dan mereka juga akan di siksa yang amat menyiksakan hingga tidak tergambar oleh manusia dan kekal disitu buat selama-lamanya.

Berbahagialah bagi orang yang beriman dan celakalah bagi orang yang ingkar.

Wallahua'lam.

Selasa, 12 Ogos 2008

Ya ikhwanul muslimun wal mukminun, sesungguhnya kejayaa semua manusia sejak daripada Nabi Adam a.s. hinggalah umat yang terakhir iaitu Umat Nabi Muhammad s.a.w adalah terletak pada sejauh mana dia mentaati perintah Allah swt dan ikut cara Nabi s.a.w.

Oleh itu, adakah kita ini mengerti apa itu taat dan cara yang dimaksudkan? Sesungguhnya tidak ada satu pun aturan dan perintah yang paling agung melainkan aturan yang Maha Pencipta lagi Maha Besar Allah s.w.t, dan tiada satu pun cara yang paling unggul dan mulia melainkan cara hidup Nabi Muhammad s.a.w.

Tidak adalah jaminan seseorang hamba itu untuk selamat baik didunia ini lebih-lebih lagi di akhirat nanti hanya semata-mata taat perintah Allah s.w.t tanpa mengikuti cara nabi-nabi dan para rasul yang telah di hantar oleh Allah s.w.t ke atas dunia ini demi untuk membetulkan semula kerosakan yang dibuat oleh hamba-hamba manusia yang sudah lupa dan mengingkari syariat Allah s.w.t. Maka itu, beribadatlah sepertimana Rasulullah s.a.w. beribadat dan sebar serta selamatkanlah umat ini daripada terjerumus ke dalam lembah neraka yang mana siksaannya adalah kekal abadi (abadan-abadan) na'udzubillahi min al-nar.

Ayuh! umat akhir zaman semua, taatilah perintah Allah s.w.t sepertimana Kekasihnya Muhammad s.a.w. mentaati-Nya.

Wallahua'lam.
Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.