Ahad, 10 Oktober 2010

10.10.10


Inilah tarikh "keramat" bagi sesetengah pihak. Ada yang sanggup menunggu tarikh tersebut bagi melangsungkan perkahwinan, melahirkan anak, membina bangunan atau rumah dan sebagainya sebagai tanda ingatan bersejarah bersempena tarikh "The Perfect Ten".

Apapun, semua kejadian didunia ini adalah ciptaan Yang Maha Esa yang sememangnya teramat unik dan hanya Dia yang Maha Mengetahui.


Loji Janakuasa Geothermal di Tawau..

Benarkah Tawau akan ada loji janakuasa geothermal? Ini sesuatu yang agak janggal jika diukur dari segi geografi negara ini yang dikatakan diluar dari lingkaran gunung berapi. Namun itulah hakikatnya keunikan yang ada di daerah bertuah ini iaitu Tawau. Menurut kajian, kawasan ini berada dikawasan Apas 40km dari bandar Tawau.

Jabatan Geosains dan Mineral hasil penyelidikan mendapati wujud potensi untuk menjanakuasakan elektrik sehingga 67 MegaWatt sehari bagi memenuhi keperluan di kawasan Tawau. Walaubagaimanapun penyelidikan masih dijalankan. Setakat ini, hasil penyelidikan melalui kaedah "magnetotelluric" iaitu pengimejan dibawah permukaan bumi mendapati satu "reservoir" kolam kira-kira 2-3km dibawah tanah dengan air bersuhu diantara 220 hingga 236 darjah celsius yang mana lebih daripada cukup untuk menjana kuasa elektrik. 
Jika difikirkan, memang ada lojiknya dakwaan ini. Di daerah ini ada terdapat "hot spring" atau kawasan air panas semulajadi yang keluar dari dalam bumi. Setakat yang ditemui adalah di Ayer Panas dan Taman Bukit Tawau. Luar dari daerah Tawau, air panas ini juga ditemui di Ranau. Ini satu lagi daya penarik untuk pelancong dalam dan luar negeri datang mengalami kuasa alam ciptaan-Nya.

Tapi ada yang tidak enak dipandang. Inilah yang dikatakan dunia negara ketiga masih banyak upacara dan kepercayaan khurafat dan syirik. Jika kita pergi ke tempat air panas ini selalu ada "makanan jin" yang diletakkan ditebing sungai atau kolam air panas. Mengikut kepercayaan karut ini, bagi memohon keselamatan dan melepaskan hajat daripada kuasa "hot spring" ini. Ada baiknya kalau sesiapa terlihat perkara karut ini terus melaporkan kepada Jabatan Agama untuk tindakan lanjut atau bersekongkol dengan mereka. Perkara ini juga mengakibatkan kawasan air panas menjadi kotor dengan makanan yang dibiar akhirnya masuk ke dalam sungai.

Mungkin kejadian ini ada kaitan dengan bekas gunung berapi (Mt. Maria di Tawau) yang pernah memuntahkan laharnya 27 ribu tahun dahulu. Dari segi geografi, kedua-dua kawasan air panas ini berada dekat dengan gunung ini.

Wallahua'lam.




Sabtu, 9 Oktober 2010

Ikan "Arang Batu"

Ikan yang berdekatan dengan Janakuasa elektrik Arang Batu mengandungi tahap merkuri yang rendah seperti yang didakwa oleh North Carolina State University melalui penyelidikan yang dijalankan. Ikan yang hidup berdekatan (~10km) dengan loji janakuasa tersebut mengandungi tahap logam berbahaya (Merkuri) yang rendah berbanding ikan yang berada jauh (~30km) dari loji tersebut. Ini sesuatu yang diluar jangkaan yang mana loji arang batu yang mengeluarkan bahan kimia berbahaya dan mengancam alam sekitar.

Sumber: ScienceDaily.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Cikgu penjual pil seks

 Apa mau jadi dengan zaman sekarang, orang bilang "harapkan pagar, pagar makan padi". Beginilah cerita baru-baru ini apabila seorang guru sekolah di Johor didapati menjual dan mengedar pil perangsang seks kepada murid sekolahnya. Sesuatu yang amat tidak masuk akal dan memalukan pihak sekolah. Guru pula semakin tidak beretika dan rosak akhlak dan moral.


Jumaat, 17 September 2010

Denda RM582 jika berpurdah

Rang undang-undang Perancis telah mengharamkan dan menetapkan denda RM582 bagi wanita yang memakai penutup muka purdah dan niqab.

Kepada sesiapa yang didapati memaksa wanita dibawah umur memakai purdah atau niqab akan didenda RM121,600 dan penjara setahun. Ini sesuatu sikap prejudis barat yang tidak bersikap adil dengan apa yang mereka agung-agungkan dengan istilah hak asasi manusia.

Bagi muslimah bernama Kenda Drider ini sanggup di denda untuk memakai purdah (demi agama Islam) daripada tunduk dengan undang-undang ciptaan manusia yang ingkar. Semoga beliau menjadi aspirasi kepada semua umat Islam seluruh dunia dalam menghadapi cabaran dan tekanan barat.




Projek Program Bantuan Rumah (PBR)

"Setiap Sen Peruntukan Digunakan Untuk Projek Rakyat - Shafie

SEMPORNA, 6 Sept (Bernama) -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi jaminan bahawa setiap sen peruntukan kementeriannya akan dibelanjakan untuk projek rakyat.

Shafie berkata beliau sendiri akan turun padang untuk memantau setiap projek yang telah dikenal pasti di seluruh negara bagi memastikan ianya dilaksanakan seperti dirancang.

"Insya Allah, setiap peruntukan ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk kepentingan rakyat termasuk di negeri Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kepada 38 mangsa kebakaran di Kampung Air, Semporna pada 17 Disember lalu di bawah Projek Program Bantuan Rumah (PBR) pada hari Isnin.

Menurut Shafie sesetengah projek di bawah kementeriannya mungkin kurang diwar-warkan sehingga kurang diketahui rakyat antara projek yang kini dilaksanakan di Sabah seperti jalan di Poring, Ranau dan Menggatal, bekalan elektrik ke Telupid dan tenaga solar di Kinabatangan.

Mengulas mengenai projek PBR untuk mangsa kebakaran di Kampung Air yang turut dilawatinya, Shafie berkata ia merupakan sebahagian projek kementeriannya yang berjaya disiapkan dalam tempoh singkat.

Katanya projek yang menelan kos kira-kira RM3.8 juta berkenaan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk elektrik, air serta sistem kumbahan yang tersusun agar bahan kumbahan tidak tersalur terus ke laut.

Beliau mengingatkan penerima bantuan berkenaan supaya memanfaatakn sepenuhnya rumah mereka dengan tidak menyewakan atau menjualnya kepada pihak lain.

Bernama."

 
Petikan di atas adalah antara ulasan berita berkaitan peruntukan kerajaan pusat untuk rakyat. Bagi penduduk Kg Pasir Putih Tawau yang telah dilanda banjir kilat yang teruk beberapa hari sebelum Ramadhan dan kebakaran 15 buah rumah dua hari sebelum hari raya Aidil Fitri, mengapa kementerian ini tidak mengambil perhatian dan menghulurkan bantuan melalui peruntukan yang sedia ada?

Mungkin menteri terbabit tidak menyedari perkara ini ataupun sibuk dengan benda lain. Kalau ia pun, perkara ini telah disiarkan oleh media elektronik dan juga diketahui oleh wakil-wakil rakyat kawasan terbabit, takkan mereka semua masih tidak mengetahuinya seterusnya memberi perhatian dan tindakan segera?

Apa beza mereka yang ditimpa musibah kebakaran di Semporna dengan di Tawau? Ini yang rakyat keseluruhannya ingin tahu. Mungkin benar juga apabila ada pihak menyatakan sesetengah wakil rakyat atau yang lebih tinggi seperti jawatan menteri lebih mementingkan orang di kawasannya dan perkara ini kita sudah dengar serta lali di negara ini. Sedangkan peruntukan itu untuk semua rakyat yang memerlukannya.

Rakyat kebanyakkannya tidak mengetahui projek Program Bantuan Rumah (PBR) yang diwar-warkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dengan adanya projek ini, mungkin rakyat marhaen ini akan berpusu-pusu menuntut hak mereka.

Apapun kita berharap pihak kementerian yang bertanggungjawab dapat menggunakan peruntukan sebaiknya dengan adil dan saksama kepada seluruh rakyat Malaysia.

Khamis, 16 September 2010

Selamat Hari Malaysia 16 Sep 1963

Selamat Hari Malaysia 16 September 1963 kepada semua rakyat Malaysia, hari kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Penubuhan Negara Malaysia. Ia juga bersempena hari kemerdekaan khusus bagi rakyat negeri Sabah dan Sarawak, jadi kibarkanlah bendera negeri Sabah dan Sarawak dan Malaysia pada hari tersebut.

Ulangtahun Perkahwinan Ke-12..

Boikot Arsenal FC

Sebelum ini kita terutamanya umat Islam sering dikejutkan dengan aksi ganas dan penindasan Israel terhadap saudara Islam di Palestin yang tidak berdosa. Dan pelbagai cara sudah kita menyuarakan bantahan terhadap negara haram tersebut mendesak menghentikan kekejaman terhadap bumi anbia' Palestian dan rakyatnya. Antaranya kita telah memboikot produk Israel dan mengutuk segala tindakan kejam yang dilakukan secara terang-terangan ke atas saudara kita di Palestin.

Apa lagi yang perlu kita lakukan? Dalam sukan, mungkin penyokong dan peminat pasukan bolasepak Arsenal FC perlu berfikir semula bagi sokongan dan sikap fanatik mereka terhadap pasukan bolasepak ini yang mempunyai penyokong di seluruh dunia seramai 30 juta. Tahukah anda, pasukan ini telah bersetuju membuat penajaan bagi mempromosikan negara haram Israel sebagai satu destinasi pelancongan. Ini bererti, pasukan ini ada hubungan secara terus dengan Israel dalam perdagangan dan secara langsung atau tidak pasukan ini menyokong tindakan tidak berperikemanusian dan penindasan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa dengan bersikap apartheid dan membunuh secara kejam melalui kuasa ketenteraan walaupun di bantah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Boikot pasukan bolasepak yang pro-Israel demi saudara kita di Gaza dan sebagai tanda protes.

Tawau ada Gunung Berapi @ Volkano..

Mungkin agak mustahil jika ada orang berkata di Malaysia ada gunung berapi. Tapi itulah realitinya. Di Malaysia memang ada bekas gunung berapi yang sudah berusia kira-kira 27,000 tahun. Gunung berapi ini terletak di Bombalai di daerah Tawau Sabah. Nama gunung ini adalah Gunung Maria dengan ketinggian 1,067 meter dari paras laut. Ia adalah daripada jenis gunung berapi "Pyroclastic Cone" dan berstatus "PreHolecene" iaitu gunung berapi yang berusia lebih daripada 12,000 tahun (keatas).




Gambar di atas adalah batu volkanik yang di temui di Sungai Balung Tawau berdekatan dengan perkampungan suku kaum Cocos. Batuan basalt ini terbentuk selepas letupan volkanik Gunung Maria iaitu gunung yang tertinggi di Tawau yang terletak di kawasan Taman Bukit Tawau (Table). Batu jenis ini juga tidak ditemui di mana-mana kawasan di Malaysia, hanya terdapat di Tawau menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang telah datang meninjau bagi mengesahkan keunikan batu tersebut.

Sekali melihat dan mengetahui terdapat bekas gunung berapi di Tawau, sedikit agak menakutkan. Maklumlah sebelum ini umum mengetahui negara ini bebas daripada lingkaran api atau gunung berapi tetapi hakikatnya ia pernah terjadi sejak ribuan tahun dahulu. Namun, sebagai warga Tawau, kita harus berbangga kerana dapat menyaksikan dan mengalami kejadian batu unik ini dan pasca fenomena ini secara tidak langsung.

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.