"Bandar terkotor" itulah anugerah yang diperoleh oleh Bandar Semporna, Tawau Sabah. Bagi penduduk yang berasal dan tinggal di situ sememang sedikit berasa malu dan terhina, apa tidaknya perkataan kotor itu sendiri bermaksud tidak baik dan menjijikkan. Inilah yang menjadi persoalan, bagaimana sebuah pekan atau bandar yang begitu terkenal di negara ini malah di dunia disebabkan terdapat sebuah pulau iaitu Pulau Sipadan (antara yang tercantik didunia), tidak dijaga kebersihannya? Ini sekaligus memalukan negara melalui kemeterian pelancongannya. Begitu juga pihak berkuasa tempatannya, apa yang mereka buat? Sama jugalah wakil rakyatnya, tidurkah?
Kepada yang pernah melancong dan pergi ke pekan ini yang terletak dipinggir laut, memang kelihatan sampah sarap dimana-mana, tapak jualan yang tidak teratur, bau yang tidak menyenangkan, peminta sedekah dan "kutu jalanan", PATI begitu juga cara kehidupan yang terlalu dhaif. Majoriti suku kaum yang tinggal di sini ialah Bajau dan Suluk.
2 ulasan:
lucu...mcm la anda tnggl d tmpt yng bersih jgn nk memandai hina tmpt sy kotor. awk tu bersih sngt ka
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada saudara kerana tersinggung. Pertama kita kenalah realistik dan berlapang dada. Ini adalah hasil kajian dan 'feedback'. Admin tiada niat langsung menghina sesiapa, cuma yang dipersoalkan mengapa bandar yang amat berpotensi seperti Semporna ini diabaikan oleh pihak terbabit? dan lagi kita mengetahui seorang menteri juga pemimpin tertinggi dalam barisan kabinet sebuah parti 'raksasa' adalah berasal dari bandar ini tapi mengapa membiarkan rakyatnya dalam keadaan sedemikian? ini persoalan sebenarnya, bukan hendak mengaibkan saudara dan masyarakat disana sebab admin juga sebahagian dari daerah ini, Tawau. semoga pihak kerajaan dapat mendengar suara kita untuk perubahan positif. InshaaAllah.
Catat Ulasan