Rabu, 27 Ogos 2008

Permatang Pauh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Tanggal 27 Ogos 2008 - Secara keseluruhannya rakyat Malaysia telah menampakkan kematangan berfikir dan membuat keputusan yang bebas. Tiada yang lebih bermakna bagi rakyat Permatang Pauh khasnya dan rakyat seluruh Malaysia amnya melainkan doa dan impian mereka terkabul melalui keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh P-44. Keputusan yang tercipta semalam telah membuktikan rakyat Malaysia inginkan perubahan segera dari bawah hinggalah ke pusat pentadbiran negara. Bagi yang sememangnya merindukan kebenaran, ketenangan, keadilan pasti merasa lega dan bersyukur dengan keputusan yang tercipta, dan sebaliknya kepada yang masih terjajah mindanya maka hari ini adalah hari yang sukar untuk diterima. Apapun ini semua adalah takdir Ilahi, Dia-lah yang merancang dan menentukan segalanya.

Jika apa yang berlaku hari ini adalah yang diredhai, maka bersedialah rakyat Malaysia untuk bersama-sama memulakan langkah yang teratur lagi bersemangat untuk mendukung panji-panji rakyat ini ke tempat yang telah dijanjikan. Semoga dengan langkah-langkah ini akan menapak hingga ke Putrajaya dan akhirnya meneruskan dan menjayakan agenda rakyat untuk setengah abad yang seterusnya demi untuk bumi Malaysia yang tercinta ini. Rakyat engkaulah kuasa dan Peminpin engkaulah kemudi untuk menentukan halatuju bahtera Malaysia ini. Semoga bermula di pelabuhan Permatang Pauh dan insyaAllah akan sampai ke destinasi utama Putrajaya.

Wallahua'lam.

Rajab Mariali.

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.