Ya ikhwanul muslimun wal mukminun, sesungguhnya kejayaa semua manusia sejak daripada Nabi Adam a.s. hinggalah umat yang terakhir iaitu Umat Nabi Muhammad s.a.w adalah terletak pada sejauh mana dia mentaati perintah Allah swt dan ikut cara Nabi s.a.w.
Oleh itu, adakah kita ini mengerti apa itu taat dan cara yang dimaksudkan? Sesungguhnya tidak ada satu pun aturan dan perintah yang paling agung melainkan aturan yang Maha Pencipta lagi Maha Besar Allah s.w.t, dan tiada satu pun cara yang paling unggul dan mulia melainkan cara hidup Nabi Muhammad s.a.w.
Tidak adalah jaminan seseorang hamba itu untuk selamat baik didunia ini lebih-lebih lagi di akhirat nanti hanya semata-mata taat perintah Allah s.w.t tanpa mengikuti cara nabi-nabi dan para rasul yang telah di hantar oleh Allah s.w.t ke atas dunia ini demi untuk membetulkan semula kerosakan yang dibuat oleh hamba-hamba manusia yang sudah lupa dan mengingkari syariat Allah s.w.t. Maka itu, beribadatlah sepertimana Rasulullah s.a.w. beribadat dan sebar serta selamatkanlah umat ini daripada terjerumus ke dalam lembah neraka yang mana siksaannya adalah kekal abadi (abadan-abadan) na'udzubillahi min al-nar.
Ayuh! umat akhir zaman semua, taatilah perintah Allah s.w.t sepertimana Kekasihnya Muhammad s.a.w. mentaati-Nya.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan