Assalamualaikum.
Hari ini bagai semua serba tak kena. Hari ni aku kena travel awal sehari sebelum memulakan tugas. Travel dari Tawau dan transit di dua lokasi iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Miri sebelum sampai ke destinasi di Bintulu, Sarawak. Mau dijadikan cerita...beginilah kisahnya...
Sesampai di Lapangan Terbang Tawau terus ke kaunter check-in. Semasa masuk boarding, aku melihat seat number pada tiket, aku pun terus duduk dalam pesawat ATR-72 Maswing. Penerbangan mengambil masa enam puluh minit untuk tiba di KKIA dan perjalanan lancar, alhamdulillah.
Setelah transit di KKIA lebih kurang enam puluh minit, aku pun boarding ke dalam pesawat ATR-72 Maswing lagi. Macam biasa tengok seat number pada tiket dan terus cari tempat duduk. Sementara menunggu penumpang lain mencari tempat duduk, seorang penumpang maklumkan aku dah salah seat. Nampaknya dia betul aku dah ambik seat dia. Sepatutnya aku duduk sebelah amoi gemuk seat F. Oleh kerana ruang luggage penuh aku terpaksa cuba letak beg bawah seat depan tapi tiada ruang. Sekali lagi aku terpaksa berpindah seat yang ada ruang simpan bawah seat...aduhhh, masam dah muka amoi gemuk tu...apa tidaknya aku dah menyusahkan dia...tak sengaja, silap tengok seat number.
Setelah enam puluh minit penerbangan, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri. Semua penumpang transit dikehendaki turun dan membuat pemeriksaan imigresen. Setelah beratur panjang, kini giliran aku untuk buat imigration clearance. Tapi yang peliknya semasa aku serahkan passport dan tiket, pegawai tersebut hanya menanyakan "encik nak ke Bintulu"? aku pun balas "Ya". Tanpa immigration stamp dan clearance dan selepas memeriksa buku passport aku, dia terus menyerahkan semula dan tanpa buang masa terus bergegas menuju ke pintu pelepasan takut tertinggal...masalah besar pulak.....
Transit pun sudah...imigresen check pun sudah...maka boarding lagi. Semasa boarding, aku melakukan kesilapan yang berulang dengan duduk di seat yang salah...aduhhh. Bikin malu. Kalau ikutkan aku punya seat di sebelah amoi gemuk tu...sebab memang tiada pertukaran. Tapi entah kenapa, aku punya mind fikir duduk di barisan A sejak dari KKIA lagi...something is very wrong today...aduhh kenapalah??? Dalam penumpang sedang sibuk mencari seat number, sekali lagi aku pindah seat seperti dalam dalam tiket...dan sekali lagi aku menyusahkan amoi gemuk tadi...dia pandang semacam dengan muka yang memang tak puas hati...apa taknya...yang buat silap aku lagi...akaiiii. Dengan muka selamba...aku hanya kata kat dia "sori, sori.."...aku memang tak sengaja. Setelah duduk, aku rasa macam tak percaya...kalau nak ikutkan dah beratus kali aku ulang-alik naik pesawat ni.
Ok laa...ingatkan semua dah setel. Sesampai di Lapangan Terbang Bintulu, terus teringat buku passport tadi belum di beri clearance masa kat Miri. Jadi terus bertanya polis yang bertugas (Puan) berpangkat sarjan, setelah mendengar ceritaku dia pun bawaku ke pejabat imigresen untuk dapatkan clearance. Kena bebel la pulak dalam pejabat tu...sabor je la. Kalau nak ikutkan bukan salah aku seratus peratus, sebab aku dah lakukan seperti apa yang disuruh masa kat Miri serahkan passpot di kaunter imigresen. Bagi aku, ini satu kelalaian di pihak jabatan tersebut...tapi aku tak menyalahkan sesiapa masing-masing ada kelemahan dan buat kesilapan...lebih-lebih lagi kerja rutin harian.
Apapun, aku ucapkan terima kasih la kepada pihak polis, imigresen dan Maswing kerana beri kerjasama. Juga tidak lupa terima kasih jugak kepada amoi gemuk yang beri kerjasama walaupun dia rasa menyusahkan...soli maa.
Jadi, beginilah ceritaku hari ni yang agak serba tak kena...first time ni, sebelum ni tak pernah.
Lelah seharian travel...time ZZzzz
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan