Selasa, 22 Jun 2010

shift malam bhg.1

Hari ni dah masuk malam kelima kerja shift malam. macam biasalah kerja doblas jam stret kadang-kadang rasa lama, jarang-jarang rasa cepat (hehe..) jadi, bagi mengisi kekosongan dan suasana sepi ditengah malam begini, kebiasaannya komputer ni lah menjadi teman setia. apalagi youtube la menjadi sasaran untuk menjadi deejay tak bertauliah, takpa asal dapat menghiburkan hati dikesepian ini kan, cewah. antara lagu pilihan biasanya lagu-lagu retro lah apalagi. almaklum je lah lagu-lagu ni saja yang dapat masuk kepala dan boleh layanlah orang bilang.

macam biasa shift malam cuma tiga orang je. ada lagi yang lain tapi lain geng la. apabila dah larut malam begini, masing-masing bawa haluan dan hal sendiri. paham-paham je lah. ikut minat masing-masing. ada yang minat makan megi, ada yang minat main fesbook, ada yang minat buat peta, ada yang melekat dengan mudah.com tengok kereta atau spare part kereta dan macam-macam lagi lah. bukan takda kerja beb, kerja sentiasa ada. oleh kerana kita orang ni "rajin" sikit, tak salah kalau kasi taruk ni mesin-mesin dalam gear "auto" atau "auto cruise" orang salesmen bilang. tak tau la dorang paham ke apa auto cruise tu..entah.

oh ya, terlupa plak sekarang ni musim demam piala dunia atau orang bilang "virus wolkap" sepupu virus H1N1. jadi pada shift kali ini kureng la sikit atau tak la terasa sangat time kerja. korang pun tau, jadual pertarungan bola ni jam 7.30pm ada, 10pm dan 2.30pagi. setiap satu lebih kurang dua jam. secara matematiknya, kerja macam 5-6 jam je. tapi ini bukan dikira mengular, tapi bolehlah dikira kerja sambil bersukan...

sampai sini dulu k, masa pun dah hampir 2.30pagi ni. jadi kena tukar channel sekejap. bersambung...

"majulah sukan untuk negara"

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan menilai orang dari luar...nampak pendiam tapi macam hantu...ibarat macam setan

Tanpa Nama berkata...

Blog tidak melambangkan orang yang sebenarnya...jangan terpedaya dengan kata-kata bloger kerana selalunya mereka hanya la bertopeng...Malu la dengan perbuatan sendiri sebelum membuat apa-apa sahaja catatan d blog anda...

Tanpa Nama berkata...

apabila berkata-kata penuh hikmah...tapi orang sebeginila yang selalunya menjadi racun dalam perhubunga. jngan cakap soal agama kerana dia lebih tahu...,,tapi bila chating ngan betina...diala la rupa-rupanya yang paling suka..maksiat? itu bukan maksiat namanya...itu suka-suka kasi hilang bosan...tapi d depan orang macam dia la orang yang penuh dengan ilmu agama...rupa-rupanya otak letak d lutut...tak tahu membezakan antara isteri dan betina...

Tanpa Nama berkata...

BOLA, BOLA...tapi jangan lupa bukan saja judi bola haram, banyak perkara lagi yang tidak d sedari adalah haram...Lelaki dan perempuan yang sudah berumahtangga bercanda melalui ruang internet adalah HARAM. malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun ia tetap BERDOSA dan SALAH d sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah "Janganlah kamu menghampiri zina". Penyamaran lelaki untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita, berchating, berkasih memainkan perasaan,..Niat untuk mendekatkan Ukhuwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh MENGHALALKAN sembangan mesra, gurauan senda antara LELAKI dan WANITA yang bukan mahram. Ia akan hanya membawa kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan "Ukhuwah" untuk membuat dosa. Ukhuwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran...

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.