Isnin, 26 April 2010

Sudahkah anda kembalikan borang Cukai 2009?



Bulan membayar cukai hampir berakhir iaitu pada 30 April 2010. Seperti kebiasaannya pembayar-pembayar cukai tegar akan berpusu-pusu menyerbu bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mana pintu pejabat bangunan dibuka hingga tengah malam pada hari terakhir. Ia sudah menjadi tradisi dan budaya di Malaysia seakan-akan pesta tahunan.

Persoalannya, kenapa pembayar cukai tegar ini tidak menyerah atau mengembalikan borang cukai seawal yang mungkin? Kenapa saat-saat akhir juga jadi pilihan. Apabila pemantauan dibuat dan berdasarkan kajian-kajian rambang pihak tertentu, berikut adalah faktor-faktornya:

1) Sikap suka berlengah-lengah hingga ke saat-saat akhir.
2) Sibuk dengan tugas harian.
3) Lambat menerima borang EA daripada majikan.
4) Lambat melengkapkan borang cukai.
5) Tidak tahu bilakah tarikh penyerahan atau terleka.
6) Terlupa, sehinggalah diingatkan oleh seseorang.
7) Dan lain-lain.

Jika dilihat, faktor nombor satu iaitu sikap adalah penyumbang terbesar dalam masalah ini. Memang dalam apa-apa jua hal, sikap adalah yang tertinggi peratusannya penyebab kepada sesuatu hal dan masalah. Tapi apa hendak dibuat...? Tepuk dada, tanyalah peribadi masing-masing.

Apapun, setelah aku membuat pengiraan diatas borang, aku dikenakan bayaran agar banyak juga selepas pelepasan-pelepasan ditolak. Ini kerana, pihak majikan terdahulu tidak membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB) atau Zakat keatas pendapatan bulananku seperti kebiasaannya. Kesilapan sendiri juga kerana tidak meneliti "pay slip" bulanan. PCB ini penting untuk meringankan beban kita daripada membayar cukai sekaligus semasa pengembalian borang.

Kesimpulannya, sila pastikan anda membuat PCB atau potongan Zakat Pendapatan bulanan. Butiran ini semua tertera didalam "pay slip". Jika tiada, silalah maklumkan pihak majikan anda segera.

Seperti yang semua tahu, Cukai Pendapatan boleh dibuat melalui internet : http://www.hasil.gov.my/lhdnv3e/

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.