Sabtu, 29 Ogos 2015

Salute! Bersih 4.0





Secara umumnya nak juga katakan bahawa program himpunan Bersih 4.0 ini amat berjaya dan berjalan dengan lancar serta aman. Seperti yang dilaporkan ratusan ribu telah turun ke jalan raya dan dataran di sekitar ibu kota Kuala Lumpur dengan pakaian keramat berwarna kuning. Apa yang agak menarik kali ini tiada kejadian provokasi melampau dan tindakan agresif daripada mana-mana pihak baik dari perserta Bersih maupun di pihak keselamatan. Dan seharusnya semua pihak menghargai segala usaha kerjasama yang telah dilakukan. Sememangnya pun program besar seperti ini yang kalau dulu ianya lebih dikenali dengan tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan dimana sesetangah pihak khususnya pihak pemerintah memandangnya secara negatif. Namun pada dasarnya ia hanyalah himpunan atau perarakan aman dalam usaha untuk menyampaikan mesej kepada pihak yang berkenaan setelah beberapa cara dan beberapa kali pihak berkenaan tidak mengendahkannya. Disamping itu juga, bagi menyampaikan mesej kepada dunia luar secara global melalaui liputan berita dan sekarang ini lebih mudah penyebaran dan perkongsian melalui media social. Jadi, syabas diucapkan kepada pihak penganjur, peserta yang terdiri dari orang awam dan rakyat seluruhnya juga tak lupa kepada pihak keselamatan yang mengawal dengan baik.


Walaupun ada juga kedengaran bahawa berkemungkinan darurat atau kerahan anggota tentera sekiranya keadaan tidak terkawal dari himpunan Bersih 4.0 kali ini, namun keperluan kearah itu sebenarnya memang tidak diperlukan buat masa ini dan mungkin tidak kena pada tempatnya. Namun begitu kita juga menghormati segala usaha yang dibuat oleh pihak keselamatan, yang mana kita faham semua itu demi kepentingan dan keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan negara. Dan kita yakin segala peratauran dan arahan sememangnya sudah di patuhi dan diselia oleh penganjur Bersih itu sendiri. Lagipun, ini adalah Bersih siri yang keempat yang bermaksud pengalaman sebelum ini telah mematangkan semua pihak. Syabas sekali lagi.


Hendak juga disentuh disini bahawa, beberapa kejutan berlaku dalam Bersih 4.0 kali ini. Pertamanya, walaupun Pakatan Rakyat boleh dikatakan sudah retak dimana pihak Pas telah mengarahkan agar ahli-ahlinya tidak turut serta dalam himpunan Bersih 4.0 kali ini namun himpunan ini tetap juga dianggap berjaya dengan bilangan mereka yang menyertainya lebih kurang sama himpunan Bersih sebelumnya semasa ketiga-tiga komponen besar Pakatan iaitu PKR-PAS-DAP bergabung.  Keduanya, Ketua Menteri Sarawak telah secara rasmi membenarkan program himpunan Bersih 4.0 ini berjalan di bandaraya Kuching dengan syarat ia mestilah berlangsung secara aman. Walaupun kedengaran bahawa keputusan membenarkan himpunan itu adalah dalam usaha untuk mengambil hati rakyat Sarawak bersempena pilihanraya umum bagi DUN Sarawak yang kian mendatang. Apapun, perkara ini seharusnya semua pihak melihatnya secara positif bahawa tiada sesiapa yang boleh menafikan hak-hak rakyat dalam bersuara secara aman yang mana ia tiada melanggar mana-mana akta malah ia dilindungi seperti yang dilaporkan dan dalam masa yang sama pihak berwajib haruslah memberikan kerjasama yang baik seperti mengeluarkan permit berhimpun dan sebagainya, dan segala apa syarat pun yang rasanya pihak penganjur tiada masalah untuk dipatuhi. 


Kejutan seterusnya, saya fikir ini agak diluar jangkaan rakyat Malaysia. Dimana bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri telah hadir di perhimpunan Bersih 4.0 bersama rakyat di Dataran Merdeka petang tadi. Kalau kita lihat sejarah, beliau antara tokoh dan pemimpin yang kuat mengkritik dalam mana-mana program seperti tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan yang menuntut berbagai hak daripada pihak pemerintah. Namun apa yang berlaku hari ini, seolah-olah ia adalah mimpi khususnya bagi peserta himpunan Bersih 4.0 kali ini. Sekaligus, kehadiran Tun Dr Mahathir telah meningkatkan moral dan semangat rakyat khususnya yang ingin sangat melihat perubahan besar berlaku dalam negara kita sekarang. Perubahan besar yang dimaksudkan adalah, bersihkan barisan kempimpinan neagara, bersihkan system pentadbiran keselamatan dan juga kehakiman dalam negara. Bersihkan ekonomi dari rasuah yang semakin berleluasa. Bersihkan…bersihkan…bersihkan semuanya dari segala kekotoran hasil daripada tangan-tangan kotor yang sedang berkuasa dan mencengkam rakyat. Pulihkan dan hapuskan bebanan yang dipikul rakyat dalam meneruskan kehidupan seharian yang semakin tertekan dan mencabar. Kembalikan hak-hak rakyat, royalty minyak, menikmati harga petrol dan diesel yang murah dan berpatutan. Hapuskan GST! Aktifkan peranan pusat zakat seluruh negara bagi menolong golongan asnaf yang masih ramai tercicir dari senarai, dan lain-lain. 


Namun, perubahan besar yang paling utama pada kali ini adalah, tumbangkan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno. Cukuplah rakyat beri peluang sejak beberapa dekad, beberapa penggal itu pun disebabkan hasil daripada sistem pilihanraya yang kurang telus, yang telah menerima terlalu banyak pertikaian dan kesangsian yang melamapu secara terang lagi bersuluh. “Black 505”… ingatkah lagi?! Akan cuba disembangkan pada masa akan datang.


Ingin juga menyentuh berkaitan himpunan Bersih 4.0 kali ini. Walaupun secara keseluruhannya penganjuran Bersih 4.0 kali dilihat berjaya tanpa ada bentuk provokasi dan tindakan agresif melampau, kita juga sedikit sebanyak berasa kesal dengan tohmahan, kritikan dan komen yang tak membina sama sekali baik dalam berita maupun dalam laman media social. Kita mendapati terlalu banyak mereka yang keliru dan tersalah faham dalam membincangkan isu-isu politik yang kini sedang berlaku dalam negara. Sampai ke satu tahap yang agak menyedihkan, ia mengheret persoalan agama dan perkauman yang mana ini memang boleh mencetuskan suasana yang huru-hara. Ini mungkin disebabkan adanya perasaan  emosional dan ketaksuban yang keterlaluan oleh  seseorang individu terhadap sesebuah wadah atau perjuangan yang dibawanya yang akhirnya tidak dapat dikawal dan mencetuskan perbalahan sekaligus mengajak komentor-komentor lain membuat perkara yang sama. Dan jika beginilah cara kita menggunakan kemudahan media social maka, usahlah kita berangan-angan atau berlagak bijak dalam hendak membincangkan soal yang serius seperti isu politik sedangkan diri sendiri terperangkap dalam persoalan yang tiada jawapan malah mengusutkan semua pihak.       
  

Berkenaan dengan Bersih 4.0 ini juga, macam biasa pihak media perdana yang dikuasai pemerintah telah melaksanakan propagandanya. Kedengaran bahawa hanya dua puluh lima ribu sahaja yang hadir dalam program himpunan Bersih 4.0 kali ini yang mana mesej yang hendak disampaikan bahawa Bersih kali ini tiada mendapat sambutan oleh rakyat. Bagi kita, soal angka berapa ramai yang hadir itu bukan persoalan utama, tapi yang paling utama adalah mesej dalam bentuk tuntutan rakyat itu yang hendak disampaikan. Dan rakyat seluruhnya yakin, malah seluruh dunia tahu bahawa rakyat Malaysia mahu seorang pemimpin yang BERSIH dalam memandu rakyat dan negara ini menjadi aman damai serta kaya ekonomi, dan juga sebuah kerajaan yang  menghormati, mendengar dan bertindak diatas setiap luahan suara dan penderitaan RAKYAT. 



Wallahua’lam.

Antara foto-foto Bersih 4.0 yang di share dalam laman sosial dan teringin re-share-kan untuk semua.








 

Selasa, 11 Ogos 2015

Jom travel... belanja foto aje


Assalam...

Nak share foto boleh? Suka melihat pemandangan dari udara. Terutamanya awan yang memutih berlatar belakangkan langit yang membiru. Juga berlantaikan bumi yang menghijau. Memang nikmat melihat pemandangan dari atas udara. 



Gambar atas: Bandar Tawau



 
 Ruang udara Tawau


Ruang udara Keningau


Keningau 


 Awan Stratosfera


 Daerah Keningau


Sempadan Keningau - Kota Kinabalu 


 Landing time, zam zam ala kazam...


 Pulau Manukan & Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

Ok sampai sini dulu, lain travel jumpa lagi...bye

~ Boleh Bah Kalau Kau ~

Sabtu, 8 Ogos 2015

Bukan anti-Goverment, tapi Corruption

Assalam..

Rasa boring pulak malam ni, ntah kenapa. Mungkin kerana rutin harian yang gerafnya mendatar je kan. Mungkin jugak kesan akibat musim 'suwell' sekarang ni... apapun mohon jangan ada yang sewel dah la kan..kan..

So... bagi nak mengisi sisa ruang malam ni, rasa macam nak membebel jugak la. Ntah tiba-tiba rasa sel-sel otak bersambung selepas mentelaah info yang tak diundang di muka buku. Rasa boring dan bertukar jadi rasa terpanggil untuk menyambung sedikit posting daripada salah seorang atlit diving tersohor negara.. siapa lagi kan cik Pandalela Rinong. Sori, saya tak berapa tengok acara ni, bukannya apa korang paham-paham sindri la kan..

"I'm not anti-government but I am anti-corruption" - Pandalela.

Ekceli... english saya kureng sikit so betulkan kesilapan yang ada okey. Oh! My English..  

Betullah tu apa yang dia cakap tu kan. Kita bukannya anti-kerajaan atau nak lawan kerajaan yang sedia ada. Tidak sama sekali ini kerana tidak dapat tidak, kita kena jugak terima hakikat kerajaan yang ada ini sebagai kerajaan yang sedang memerintah malah direstui oleh DYMM Agong. Betul tak? So balik semula posting Pandalela tadi, memang kita tak anti-kerajaan tetapi yang kita anti dan yang nak kita banteras adalah masalah rasuah (corruption) yang "terr"-diamalkan dalam pentadbiran.  

Sejujurnya, dari satu segi I am (dengan izin) setuju dengan pendapat atlit ni, iaitu pasal anti-rasuah. Gejala rasuah ni seingat kita sudah berdekad lamanya dikempenkan. Namun sehingga kini bukan masalah ni semakin berkurang malah sebaliknya. Dan yang hebatnya ia diamalkan oleh segelintir individu-individu yang mempunyai ranking tertinggi dalam pentadbiran negara. Bukan saya kata tapi ini apa yang dilaporkan dalam dada-dada akhbar perdana media cetak dan elektronik. Dan kalau tak silap pernah diistiharkan suatu masa dulu, gejalah dan masalah rasuah ini sudah mengambil alih ranking musuh nombor satu negara, yang mana sebelumnya ialah masalah dadah. Dulu di sebut najis dadah. Tapi Ustaz Azhar Idrus dah betulkan, dadah bukan najis. So... buang najis tu, bubuh dadah cukup. Paham la tu kan..kan.. (huhu).

Hari ini, kita amat berasa sedih dan risau dengan isu-isu yang berkaitan dengan masalah rasuah ni. Apa makna rasuah? Corruption? Ada yang kata tak amanah, salah guna kuasa dalam melaksanakan sesuatu tugas yang kebiasaannya dilakukan oleh individu atau kumpulan yang lebih berkuasa (berpangkat/berjawatan tinggi) dalam mana-mana sektor awam atau swasta terhadap orang lain untuk kepentingan tertentu yang menyalahi peraturan dan undang-undang dengan cara ada pihak yang memberi dan yang pihak satu pula menerima sesuatu habuan. Contoh paling senang, cer rajin-rajin sikit buka Astro Oasis channel 106 setiap pagi... haa dia ada kempen setiap hari pasal rasuah walaupun hanya dengan belanja nasi lemak.. (ala berapa sen sangatlah harga nasi lemak ni..) lebih kurang gitu la dialog skripnya. Mahal murah, banyak sedikit habuan yang diberi dan diterima dengan niat dan cara yang haram, ianya tetap rasuah.

Oh Astro takdak ye... RTM ada jugak kot, biasanya akan diselang-selikan dengan Wan Maimunah yang hari-hari kena ragut barang kemas.. (hehe.. kempen iklan sikit bohh).

Jadi, apa yang kita dapat lihat dan saksikan sekarang ni, gejala ni semakin parah dan akan terus bertambah parah, jika...??? Dan yang hebatnya jika ia melibatkan pemimpin atasan negara, maka boleh hancur negara ini jika tiada pihak yang membendung dan menghukum mereka yang terbukti melakukannya.

...Tak tau nak bebel apa lagi, just nak habiskan rasa boring dan ruang sisa malam ni. Nak ajaklah kan kepada semua kan, bahawa sekiranya kita ni masih sayangkan diri, agama, bangsa dan tanah dimana tempat tumpah darah kita, sama-samalah bermuhasabah, merenung dan berfikir sejenak dalam langkah kita terus menyusuri masa sehingga masa itu habis. Maksudnya, Allah swt beri kita akal fikiran dan jasad sempurna untuk melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada alam ini dan seisinya. Kerajaan yang memerintah adalah kehendak-Nya dan kita redha, namun korupsi tetap haram disisi-Nya dan tiada keredhaan padanya. Paham la yang tu kan... so apa lagi mulakan perubahan!

"Past I have mine. Your past was yours. Our future is ours together." ... apa kena mengena dengan kuota ni pun kita tak tau, takpa la asal bukan CORRUPTION sudah.

Wassalam, gudnite.





 

 

Ahad, 26 Julai 2015

Khamis, 18 Jun 2015

Larian Ramadhan

Ramadhan Menjelma...


Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan masa bertemu bulan yang penuh barakah ini. Sekali terfikir, masa begitu cepat berlalu tanpa disedari dan begitulah bagi kebanyakan apa yang kita rasa. Hari demi hari, bulan berganti bulan maka bertemu lagi bulan ini. Masuknya 1 Ramadhan, ada yang berasa gembira, rasa bersyukur, rasa dirahmati dan ada juga berasa sedih. Sedih mungkin terpaksa mengharungi hari-hari berpuasa dengan berlapar dan dahaga lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di bawah panas terik. Tapi perasaan sedih yang sebegini, hanya segelintir saja yang merasainya mungkin mereka yang masih mencari pengertian dan hakikat ibadah fardhu puasa bulan Ramadhan. Bagi mereka yang berasa syukur dan gembira, mereka ini adalah golongan yang begitu dekat dengan Rabb-nya. Mereka yang selalu berharap akan redha dan rahmat-Nya. Mereka yang memahami hakikat puasa Ramadhan. Mereka yang tahu akan fadhilat atau kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam bulan barakah ini. Mereka yang tahu dan mahu menikmati kemenangan dipenghujungnya. Allahu Akbar...hebatkan. Bukan DIA nak buat saja-saja apa yang disebut berkenaan MASA, khususnya berkenaan masa dibulan Ramadhan..

Memang susah, sulit, melaparkan, mendahagakan, kekadang menyakitkan berada dalam hari-hari di bulan Ramadhan. Siapa kata ianya mudah? Siapa kata ianya senang? Bagi diri mereka yang merasakan normal dari segi mental dan fizikal mereka akan menghadapi semua ini. Sesungguhnya semua bentuk ujian itu tiada yang enak. Semua golongan dan lapisan masyarakat akan merasakan dan menghadapinya, kerana Allah itu Maha Adil dalam mengatur semua urusan makhluk dan ciptaanNya.

Namun dalam kesusahan dan kesulitan ini semua, Allah sedang menyiapkan satu ganjaran yang sangat besar kerana urusan puasa ini urusan langsung, direct antara Dia dan hambaNya. InshaaAllah akan dikongsikan sebuah hadith berkenaannya. Semoga kita sentiasa tabah dan ada rasa sifat syukur berbanding ada lagi mereka yang lebih dhaif dalam menghadapi bulan ini. Sesungguhnya, tiadalah Dia menciptakan bulan ini untuk menyeksa dan menguji hambaNya melebihi dari kemampuan dan kudrat hamba itu. Tidak sama sekali. Dan semoga tiada terlintas dalam hati prasangka sedemikian. Sebaliknya Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun hendak memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk melaraskan semula (re-alignment) urusan kehidupan dan keyakinan mereka kepada Rabb-nya. 

Kita diuji dengan bermacam-macam ujian. Ada yang diuji bekerja dibawah panas terik. Ada yang diuji bekerja dikalangan mereka yang bukan muhrim yang mendedah aurat lagi menjolok mata. Ada yang diuji dengan wang dan harta syarikat. Ada yang diuji melakukan kerja surirumah yang berlambak-lambak disamping mengurus anak-anak serta menyusui anak. Ada satu ketika, sang ibu yang dalam keadaan uzur, maka bertambahlah lagi ujiannya. Ada yang diuji dengan dengan bekerja di premis makanan seperti perhotelan. Ada yang diuji bekerja di kawasan industri yang lebih berisiko dan bermacam-macam lagi. Semua golongan ini didalam keadaan yang sama iaitu berlapar dan dahaga. Menahan nafsu mata, hati dan syahwat. Menahan nafsu ammarah dan perasaan yang selalu ingin nak marah. Dan sesungguhnya tahap lapar, dahaga, menahan segala nafsu ini tidak sama tahapnya pada bulan-bulan lain. Tahapnya berada ditahap yang paling maksimum. Ia serupa pada mana-mana keadaan ujian, ia akan ada tahap kemuncak atau tahap paling maksimum. Dimana, selepas tahap tersebut, maka akan ada kejayaan dan kemenangan untuk dirai hanya bagi mereka berjaya menempuhi dengan sabar segala ujian.

Begitulah juga apa yang Dia hendakkan terhadap hambaNya. Alah swt telah menyediakan gerbang kemenangan dipenghujungnya bulan Ramadhan ini, bagi mereka yang sampai ke situ nanti. Maka itu, kepada semua peserta Ramadhan kali ini kita sama-sama mulakan rentak dengan banyak bersabar, tabah, bersangka baik, bersederhana dan redha dengan setiap apa yang diperintahkan oleh-Nya. Sama-sama banyak lakukan ibadat sunat, zikir dan doa untuk seluruh umat. Semoga 'larian Ramadhan' kali ini dapat di habiskan sehingga ke penghujungnya.

Semoga kita diberi kekuatan, inshaaAllah.

Selamat bersahur.



Ahad, 14 Jun 2015

Pray For Sabah


Kepada semua warga Sabah khususnya saudara-mara, sahabat handai, semua mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan musibah gempa bumi yang berlaku baru-baru ini, saya doakan semoga semuanya berada dalam lindungan-Nya dan sentiasa dalam keselamatan. Sebagai insan yang beragama dan yakin akan Kebesaran-Nya dan Ketentuan-Nya, bersabarlah dan sama-samalah kita menginsafi diri dan terus berdoa agar dihindari dari segala malapetaka dan bala bencana.

Disini, ingin juga kita tegaskan kepada mereka yang meluahkan bahasa-bahasa yang kurang enak terhadap warga negeri yang ditimpa musibah ini, yang banyak berlegar dilaman sosial, maka sumbangan anda dalam bentuk komentar penghinaan, tidak sopan, dan lain-lain ini amat tidak diperlukan sama sekali dalam orang semua sibuk hendak menghulurkan bantuan dan menyelamatkan mangsa dan keadaan. Adalah lebih baik diam dan berpeluk tubuh ditempat anda daripada kamu berikan 'sumbangan' yang menambahkan lagi penderitaan dan kerisauan orang lain.

Juga, tiadalah perlu orang ramai khususnya keyboard warrior di luar sana, dilaman sosial melontarkan komentar yang kekadang kurang berasas dan boleh menimbulkan rasa 'demoralization' terhadap mereka yang terlibat dalam search and rescue. Tidak dinafikan, The Malim Gunung adalah mereka yang terbaik dipergunungan Kinabalu ini dan kita amat tabik dan bangga sekali.Dalam yang sama kita juga haruslah menghormati pasukan keselamatan yang dikerah membantu.

All Malaysian, thank you.

Pray For Sabah.


Sabtu, 13 Jun 2015

Non-Stop




Malam ni rasa tak nak membebel, just nak sambung sikit cerita @ movie HBO yang baru layan sebentar tadi. Jangan pulak kata balik-balik HBO asterok, bukannya apa kat sini bukan macam tempat korang unlimited. Kat sini Limited Edition…hahaa.

Takdak la, movie pasal kapal terbang @ pesawat dalam bahasa pembaca berita tv3. Tajuk movie tu “Non-Stop”. Bukan ada niat pun nak layan, cuma dalam saat-saat boring begini sambil layan nescafe idaman kalbu, sayang biarkan tv main sorang-sorang takdak orang tengok. Tapi…sejujurnya saya memang minat tengok movie atau dokumentari yang berkaitan kapal terbang. Lebih-lebih lagi program Air Crash Investigation series oleh National Geographic dalam Astro. Kenapa saya minat? Tak taulah…tapi bukan nak berlagak, nak habaq awai la..kot-kot ada yang pikiaq macam tu…haa gelakk..

So cerita tu pasal sebuah jumbo jet telah macam di hijack (tak tengok dari awal, so main teka je ni..). Takpa bukan ini saya nak share pun. Apa yang saya nak share ni berkaitan istilah yang selalu didengar “airplane is the most safe in the world” kalau tak silap…ni slogan kalau tak silap. Tolong betulkan ye kalau salah gramma ke… kang lain pulak maksudnya, haha. 

Dalam babak akhir cerita tu, sebuah jumbo jet dengan ramai penumpang didalamnya sedang menghadapi masalah, ditambah lagi dengan masalah penjenayah yang berada dalam kabin. Pesawat komersial yang dalam masalah ni sambil diiringi oleh dua jet fighter dalam memastikan pesawat ini dalam perhatian. Berlaku pergaduhan dan tembak menembak sehingga ada yang terkorban. Berlaku juga letupan dibahagian kabin belakang dengan seorang co-pilot cuba sedaya upaya mengawal penerbangan pesawat untuk pendaratan. Walaupun bahagian belakang pesawat telah terbakar ditambah lagi enjin turut terbakar, co-pilot sempat untuk mendaratkan jumbo jet ini di sebuah landasan walaupun pendaratan tersebut adalah amat tidak selamat dimana tujahan dan junaman pesawat yang tidak normal. Sehinggakan sebahagian kepingan dinding badan pesawat tertanggal, enjing tercabut, tayar melayang, sebahagian tempat duduk penumpang turut tercabut akibat impak pendaratan. Namun, pesawat akhirnya dapat berhenti dengan selamat dan semua penumpang yang masih hidup dapat keluar dengan selamat melalui emergency escape. Cerita holiwood maa… Lepas tu, habis gitu je cerita…hmmm nyesal tengok. Ingat nak tengok ada investigation ka…haha.

Moral of the story. Sejak akhir-akhir ni, seolah-olah pengangkutan udara pun sudah kurang selamat. Kurang selamat dari segi perkara yang yang diluar jangkaan dan bukan masalah tekinikal. Contohnya, masalah penculikan pesawat, pelaku jenayah sebagai penumpang dan lain-lain. Kalau masalah teknikal kita memang sudah maklum, mesin dan jentera sampai masa dia akan rosak atau tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Yang terbaru kalau tak silap, setiap pesawat akan diwajibkan ada tiga orang pilot atau tiga orang dalam cock-pit. Keputusan ini dibuat selepas siasatan air crash yang berlaku ke atas Egypt Air disebabkan co-pilot sengaja mengunci pintu sorang diri dalam cock-pit semasa pilot captain tiada (mungkin ke tandas, dll), dan dengan sengaja menjunamkan pesawat ke permukaan bumi dan telah membunuh ke semua anak kapal dan penumpang yang beratus orang.

Sambil melayan cerita ni tadi, kita masih teringat nasib pesawat MH370 yang entah apa yang telah berlaku sebenarnya, kita boleh katakana ia satu x-file story. Kalau boleh tak nak cakap high profile case ni sebab ia masih dalam siasatan dan usaha mencari dan mengesan masih diteruskan. Apa yang pasti adalah pesawat MH370 telah ghaib, dan ia sememangnya suatu ‘mimpi’ yang sangat ngeri bagi seluruh tujuh billion populasi dibumi, lebih-lebih lagi keluarga mangsa.

Kekadang terfikir, kita yang sering berulang-alik dengan pengangkutan udara ini juga berpotensi mengalami nasib yang sama. Sejujurnya, perasaan itu memang wujud walaupun tak diundang kerana ia bukan suatu yang sedap untuk difikir maupun dirasa. Hampir setiap penerbangan, kita dapat merasakan sesuatu. Sehinggakan kita dapat rasakan, apabila didalam perut pesawat yang jauh tinggi meluncur di angkasa, merasakan mati itu terlalu sangat dekat. Apa tidaknya dengan hanya sedikit masalah sama ada teknikal, cuaca, masalah dari luar atau penumpang, maka terbayang akan sang malaikat pencabut nyawa dan alam akhirat. Kekadang tak nak sebut pasal ini sebab ia amat meresahkan dan menakutkan. Tapi, takdir dan hakikat hidup ini memang sudah begitu, kita harus banyakkan redha serta bertawakkal dengan setiap ketentuanNya. Mungkin di kesempatan ini, kita nak katakan dan pesan kepada mereka yang kita kasihi dan sayangi, hargailah apa yang kita ada sekarang sebab setiap apa yang di atas dunia ni bersifat sementara tiada apa yang kekal. Kelak sampai masanya, Dia akan ambil balik buat selama-lamanya. Harapan cuma doa daripada mereka yang disayangi khususnya waris zuriat yang makbul doanya. Doakanlah.. and non-stop. Ameen.

“Good night, Malaysia..”

Wassalam.
Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.