Ahad, 26 Julai 2015
Khamis, 18 Jun 2015
Larian Ramadhan
Ramadhan Menjelma...
Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan masa bertemu bulan yang penuh barakah ini. Sekali terfikir, masa begitu cepat berlalu tanpa disedari dan begitulah bagi kebanyakan apa yang kita rasa. Hari demi hari, bulan berganti bulan maka bertemu lagi bulan ini. Masuknya 1 Ramadhan, ada yang berasa gembira, rasa bersyukur, rasa dirahmati dan ada juga berasa sedih. Sedih mungkin terpaksa mengharungi hari-hari berpuasa dengan berlapar dan dahaga lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di bawah panas terik. Tapi perasaan sedih yang sebegini, hanya segelintir saja yang merasainya mungkin mereka yang masih mencari pengertian dan hakikat ibadah fardhu puasa bulan Ramadhan. Bagi mereka yang berasa syukur dan gembira, mereka ini adalah golongan yang begitu dekat dengan Rabb-nya. Mereka yang selalu berharap akan redha dan rahmat-Nya. Mereka yang memahami hakikat puasa Ramadhan. Mereka yang tahu akan fadhilat atau kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam bulan barakah ini. Mereka yang tahu dan mahu menikmati kemenangan dipenghujungnya. Allahu Akbar...hebatkan. Bukan DIA nak buat saja-saja apa yang disebut berkenaan MASA, khususnya berkenaan masa dibulan Ramadhan..
Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan masa bertemu bulan yang penuh barakah ini. Sekali terfikir, masa begitu cepat berlalu tanpa disedari dan begitulah bagi kebanyakan apa yang kita rasa. Hari demi hari, bulan berganti bulan maka bertemu lagi bulan ini. Masuknya 1 Ramadhan, ada yang berasa gembira, rasa bersyukur, rasa dirahmati dan ada juga berasa sedih. Sedih mungkin terpaksa mengharungi hari-hari berpuasa dengan berlapar dan dahaga lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di bawah panas terik. Tapi perasaan sedih yang sebegini, hanya segelintir saja yang merasainya mungkin mereka yang masih mencari pengertian dan hakikat ibadah fardhu puasa bulan Ramadhan. Bagi mereka yang berasa syukur dan gembira, mereka ini adalah golongan yang begitu dekat dengan Rabb-nya. Mereka yang selalu berharap akan redha dan rahmat-Nya. Mereka yang memahami hakikat puasa Ramadhan. Mereka yang tahu akan fadhilat atau kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam bulan barakah ini. Mereka yang tahu dan mahu menikmati kemenangan dipenghujungnya. Allahu Akbar...hebatkan. Bukan DIA nak buat saja-saja apa yang disebut berkenaan MASA, khususnya berkenaan masa dibulan Ramadhan..
Memang susah, sulit, melaparkan, mendahagakan, kekadang menyakitkan berada dalam hari-hari di bulan Ramadhan. Siapa kata ianya mudah? Siapa kata ianya senang? Bagi diri mereka yang merasakan normal dari segi mental dan fizikal mereka akan menghadapi semua ini. Sesungguhnya semua bentuk ujian itu tiada yang enak. Semua golongan dan lapisan masyarakat akan merasakan dan menghadapinya, kerana Allah itu Maha Adil dalam mengatur semua urusan makhluk dan ciptaanNya.
Namun dalam kesusahan dan kesulitan ini semua, Allah sedang menyiapkan satu ganjaran yang sangat besar kerana urusan puasa ini urusan langsung, direct antara Dia dan hambaNya. InshaaAllah akan dikongsikan sebuah hadith berkenaannya. Semoga kita sentiasa tabah dan ada rasa sifat syukur berbanding ada lagi mereka yang lebih dhaif dalam menghadapi bulan ini. Sesungguhnya, tiadalah Dia menciptakan bulan ini untuk menyeksa dan menguji hambaNya melebihi dari kemampuan dan kudrat hamba itu. Tidak sama sekali. Dan semoga tiada terlintas dalam hati prasangka sedemikian. Sebaliknya Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun hendak memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk melaraskan semula (re-alignment) urusan kehidupan dan keyakinan mereka kepada Rabb-nya.
Kita diuji dengan bermacam-macam ujian. Ada yang diuji bekerja dibawah panas terik. Ada yang diuji bekerja dikalangan mereka yang bukan muhrim yang mendedah aurat lagi menjolok mata. Ada yang diuji dengan wang dan harta syarikat. Ada yang diuji melakukan kerja surirumah yang berlambak-lambak disamping mengurus anak-anak serta menyusui anak. Ada satu ketika, sang ibu yang dalam keadaan uzur, maka bertambahlah lagi ujiannya. Ada yang diuji dengan dengan bekerja di premis makanan seperti perhotelan. Ada yang diuji bekerja di kawasan industri yang lebih berisiko dan bermacam-macam lagi. Semua golongan ini didalam keadaan yang sama iaitu berlapar dan dahaga. Menahan nafsu mata, hati dan syahwat. Menahan nafsu ammarah dan perasaan yang selalu ingin nak marah. Dan sesungguhnya tahap lapar, dahaga, menahan segala nafsu ini tidak sama tahapnya pada bulan-bulan lain. Tahapnya berada ditahap yang paling maksimum. Ia serupa pada mana-mana keadaan ujian, ia akan ada tahap kemuncak atau tahap paling maksimum. Dimana, selepas tahap tersebut, maka akan ada kejayaan dan kemenangan untuk dirai hanya bagi mereka berjaya menempuhi dengan sabar segala ujian.
Begitulah juga apa yang Dia hendakkan terhadap hambaNya. Alah swt telah menyediakan gerbang kemenangan dipenghujungnya bulan Ramadhan ini, bagi mereka yang sampai ke situ nanti. Maka itu, kepada semua peserta Ramadhan kali ini kita sama-sama mulakan rentak dengan banyak bersabar, tabah, bersangka baik, bersederhana dan redha dengan setiap apa yang diperintahkan oleh-Nya. Sama-sama banyak lakukan ibadat sunat, zikir dan doa untuk seluruh umat. Semoga 'larian Ramadhan' kali ini dapat di habiskan sehingga ke penghujungnya.
Semoga kita diberi kekuatan, inshaaAllah.
Selamat bersahur.
Ahad, 14 Jun 2015
Pray For Sabah
Kepada semua warga Sabah khususnya saudara-mara, sahabat handai, semua mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan musibah gempa bumi yang berlaku baru-baru ini, saya doakan semoga semuanya berada dalam lindungan-Nya dan sentiasa dalam keselamatan. Sebagai insan yang beragama dan yakin akan Kebesaran-Nya dan Ketentuan-Nya, bersabarlah dan sama-samalah kita menginsafi diri dan terus berdoa agar dihindari dari segala malapetaka dan bala bencana.
Disini, ingin juga kita tegaskan kepada mereka yang meluahkan bahasa-bahasa yang kurang enak terhadap warga negeri yang ditimpa musibah ini, yang banyak berlegar dilaman sosial, maka sumbangan anda dalam bentuk komentar penghinaan, tidak sopan, dan lain-lain ini amat tidak diperlukan sama sekali dalam orang semua sibuk hendak menghulurkan bantuan dan menyelamatkan mangsa dan keadaan. Adalah lebih baik diam dan berpeluk tubuh ditempat anda daripada kamu berikan 'sumbangan' yang menambahkan lagi penderitaan dan kerisauan orang lain.
Juga, tiadalah perlu orang ramai khususnya keyboard warrior di luar sana, dilaman sosial melontarkan komentar yang kekadang kurang berasas dan boleh menimbulkan rasa 'demoralization' terhadap mereka yang terlibat dalam search and rescue. Tidak dinafikan, The Malim Gunung adalah mereka yang terbaik dipergunungan Kinabalu ini dan kita amat tabik dan bangga sekali.Dalam yang sama kita juga haruslah menghormati pasukan keselamatan yang dikerah membantu.
All Malaysian, thank you.
Pray For Sabah.
Sabtu, 13 Jun 2015
Non-Stop
Malam ni rasa tak nak membebel,
just nak sambung sikit cerita @ movie HBO yang baru layan sebentar tadi. Jangan
pulak kata balik-balik HBO asterok, bukannya apa kat sini bukan macam tempat
korang unlimited. Kat sini Limited Edition…hahaa.
Takdak la, movie pasal kapal terbang
@ pesawat dalam bahasa pembaca berita tv3. Tajuk movie tu “Non-Stop”. Bukan ada
niat pun nak layan, cuma dalam saat-saat boring begini sambil layan nescafe
idaman kalbu, sayang biarkan tv main sorang-sorang takdak orang tengok. Tapi…sejujurnya
saya memang minat tengok movie atau dokumentari yang berkaitan kapal terbang.
Lebih-lebih lagi program Air Crash Investigation series oleh National
Geographic dalam Astro. Kenapa saya minat? Tak taulah…tapi bukan nak berlagak,
nak habaq awai la..kot-kot ada yang pikiaq macam tu…haa gelakk..
So cerita tu pasal sebuah jumbo
jet telah macam di hijack (tak tengok dari awal, so main teka je ni..). Takpa
bukan ini saya nak share pun. Apa yang saya nak share ni berkaitan istilah yang
selalu didengar “airplane is the most safe in the world” kalau tak silap…ni
slogan kalau tak silap. Tolong betulkan ye kalau salah gramma ke… kang lain
pulak maksudnya, haha.
Dalam babak akhir cerita tu,
sebuah jumbo jet dengan ramai penumpang didalamnya sedang menghadapi masalah,
ditambah lagi dengan masalah penjenayah yang berada dalam kabin. Pesawat
komersial yang dalam masalah ni sambil diiringi oleh dua jet fighter dalam
memastikan pesawat ini dalam perhatian. Berlaku pergaduhan dan tembak menembak
sehingga ada yang terkorban. Berlaku juga letupan dibahagian kabin belakang
dengan seorang co-pilot cuba sedaya upaya mengawal penerbangan pesawat untuk
pendaratan. Walaupun bahagian belakang pesawat telah terbakar ditambah lagi
enjin turut terbakar, co-pilot sempat untuk mendaratkan jumbo jet ini di sebuah
landasan walaupun pendaratan tersebut adalah amat tidak selamat dimana tujahan
dan junaman pesawat yang tidak normal. Sehinggakan sebahagian kepingan dinding badan
pesawat tertanggal, enjing tercabut, tayar melayang, sebahagian tempat duduk
penumpang turut tercabut akibat impak pendaratan. Namun, pesawat akhirnya dapat
berhenti dengan selamat dan semua penumpang yang masih hidup dapat keluar
dengan selamat melalui emergency escape. Cerita holiwood maa… Lepas tu, habis
gitu je cerita…hmmm nyesal tengok. Ingat nak tengok ada investigation ka…haha.
Moral of the story. Sejak
akhir-akhir ni, seolah-olah pengangkutan udara pun sudah kurang selamat. Kurang
selamat dari segi perkara yang yang diluar jangkaan dan bukan masalah
tekinikal. Contohnya, masalah penculikan pesawat, pelaku jenayah sebagai
penumpang dan lain-lain. Kalau masalah teknikal kita memang sudah maklum, mesin
dan jentera sampai masa dia akan rosak atau tidak berfungsi seperti yang
sepatutnya. Yang terbaru kalau tak silap, setiap pesawat akan diwajibkan ada
tiga orang pilot atau tiga orang dalam cock-pit. Keputusan ini dibuat selepas siasatan
air crash yang berlaku ke atas Egypt Air disebabkan co-pilot sengaja mengunci
pintu sorang diri dalam cock-pit semasa pilot captain tiada (mungkin ke tandas,
dll), dan dengan sengaja menjunamkan pesawat ke permukaan bumi dan telah
membunuh ke semua anak kapal dan penumpang yang beratus orang.
Sambil melayan cerita ni tadi,
kita masih teringat nasib pesawat MH370 yang entah apa yang telah berlaku
sebenarnya, kita boleh katakana ia satu x-file story. Kalau boleh tak nak cakap
high profile case ni sebab ia masih dalam siasatan dan usaha mencari dan
mengesan masih diteruskan. Apa yang pasti adalah pesawat MH370 telah ghaib, dan
ia sememangnya suatu ‘mimpi’ yang sangat ngeri bagi seluruh tujuh billion
populasi dibumi, lebih-lebih lagi keluarga mangsa.
Kekadang terfikir, kita yang
sering berulang-alik dengan pengangkutan udara ini juga berpotensi mengalami
nasib yang sama. Sejujurnya, perasaan itu memang wujud walaupun tak diundang
kerana ia bukan suatu yang sedap untuk difikir maupun dirasa. Hampir setiap
penerbangan, kita dapat merasakan sesuatu. Sehinggakan kita dapat rasakan,
apabila didalam perut pesawat yang jauh tinggi meluncur di angkasa, merasakan
mati itu terlalu sangat dekat. Apa tidaknya dengan hanya sedikit masalah sama
ada teknikal, cuaca, masalah dari luar atau penumpang, maka terbayang akan sang
malaikat pencabut nyawa dan alam akhirat. Kekadang tak nak sebut pasal ini
sebab ia amat meresahkan dan menakutkan. Tapi, takdir dan hakikat hidup ini
memang sudah begitu, kita harus banyakkan redha serta bertawakkal dengan setiap
ketentuanNya. Mungkin di kesempatan ini, kita nak katakan dan pesan kepada
mereka yang kita kasihi dan sayangi, hargailah apa yang kita ada sekarang sebab
setiap apa yang di atas dunia ni bersifat sementara tiada apa yang kekal. Kelak
sampai masanya, Dia akan ambil balik buat selama-lamanya. Harapan cuma doa
daripada mereka yang disayangi khususnya waris zuriat yang makbul doanya. Doakanlah.. and non-stop.
Ameen.
“Good night, Malaysia..”
Wassalam.
Jumaat, 29 Mei 2015
Syukurlah, redhalah.
Syukurlah, redhalah.
Ramainya manusia yang masih hidup
disaat ini masih kurang rasa bersyukur dengan apa yang ada mahupun apa yang
tiada pada mereka. Sedangkan nikmat yang Allah berikan kepada setiap batang
tubuh manusia itu cukup banyak. Itu belum lagi dikira yang ada diluar dari
tubuh manusia dan sekelilingnya.
Teringat dalam satu hadith, ada disebut bahawa
banyaknya nikmat Allah ke atas hambanya sesungguhnya tiada terkira, sehinggakan
disebut jika semua pohon yang ada diatas dunia ini dijadikan pena dan tujuh
lautan dijadikan sebagai dakwatnya, maka pohon dan dakwat ini takkan cukup
untuk menulis senaraikan semua nikmat-nikmat yang Allah beri kepada hambaNya. Nak
bagitau umat manusia betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi, tapi masih ada
insan yang kurang bersyukur dan redha. Allahu Rabbi.
Berkongsi pasal syukur dan redha
ni, saya ingin berkongsi satu kisah mungkin berkaitan dan mungkin juga kurang
berkaitan. Tapi sebab dah terfikir, saya nak juga kongsi sebab ini ilmu.
Dalam satu tazkirah dikatakan
bahawa, suatu ketika Rasulullah SAW pernah berkata kepada puterinya Fatimah Radiallahu
Anha (RA) bahawa, “Kau adalah keluarga yang paling awal menyusul aku setelah
kematian ayahmu nak. Dan kau adalah penghulu dari segala wanita-wanita penghuni
syurga. Tapi ada seorang wanita yang lebih dahulu masuk syurga daripada
engkau”. Maka Fatimah terperanjat. Nabi SAW telah janji dia adalah penghulu
wanita di dalam syurga tapi ada seorang wanita yang dulu akan masuk syurga
daripada Fatimah. Maka Baginda Nabi SAW telah beritahu bahawa beliau ialah
ibunda Atikah Radiallahu Anha. Maka Fatimah RA telah pergi ziarah kepada ibunda
Atikah RA membawa bersama anaknda lelakinya iaitu Hussein RA yang ketika itu
masih kecil. Fatimah pun mengucap salam, “Assalamualaikum”. “Wa’alaikumusalam”
jawap Atikah RA. Siapa diluar? Tanya ibunda Atikah RA. “Fatimah” jawap Fatimah
RA. Ada perlu apa? Tanya ibunda Atikah RA. “Saya mahu bersilaturrahim.” Jawap
Fatimah RA. Fatimah dengan siapa? Tanya ibunda Atikah RA. “Saya bersama anak
lelaki saya Hussein”. Jawap Fatimah RA. “Maaf, suami saya telah beri amanah,
selagi saya tidak ada dirumah jangan ada seorang lelaki asing pun masuk ke
rumah”. Kata ibunda Atikah RA. Fatimah berkata, “Wahai Atikah, ini anak
kandungku dan dia masih kecil”. “Maaf, ini amanah suami”. Jawap Atikah RA. Maka
Fatimah RA pun membawa pulang anaknya dan dia telah kembali ke rumah Atikah. Barulah
dia dibenarkan masuk ke dalam rumah. Sedang mereka berbual-bual, maka ketika
itu tiba-tiba Atikah RA berkata, “Wahai Fatimah, duduklah sekejap”. Maka Atikah
pun membuat persiapan, dia telah mandi dengan memakai wangi-wangian serta
memakai pakaian yang terbaik. Kemudian dia telah menghamparkan tikar (seprah),
dan di atas seprah itu dia telah sediakan satu bekas air. Kemudian di situ dia
letakkan sehelai kain. Kemudian dia letakkan sebatang rotan. Kemudian dalam
keadaan dia selesai membuat persiapan dia menjumpai Fatimah RA. Maka Fatimah RA
berkata, “Wahai Atikah, hendak ke mana?” “Ada hal apa sampai kau bersiap-siap
seperti ini?” Maka dia berkata, “Wahai Fatimah, sekejap lagi suamiku akan
pulang. Maka ketka dia pulang, aku mahu pastikan dia mendapatkan aku dalam
keadaan bersiap untuk membahagiakan dia. “Wahai ibunda Atikah, untuk apakah engkau
menghamparkan sehelai seprah dan engkau meletakkan tiga perkara diatasnya?”
Tanya Fatimah RA. Maka dia berkata, “Wahai Fatimah, sekiranya suamiku pulang,
maka pertama sekali aku akan menyambutnya dan aku akan mendudukkannya di atas
seprah ini. Kemudian aku akan menghapus keringatnya dengan kasih sayang.
Kemudian aku akan memberikan minuman air putih dengan tanganku sendiri. Setelah
letihnya telah hilang, maka aku akan berkata kepada suamiku, “Wahai suamiku,
sekiranya engkau kecewa dan tidak puas dengan layananku, maka inilah rotan dan
cambuklah aku, semoga aku dapat terselamat daripada cambukan Allah di akhirat
kelak. Mendengarkan itu maka Fatimah RA menangis di rumah Atikah RA, dia
berkata “Wahai ibunda Atikah, tahukah mengapa aku datang ke mari?” Sesungguhnya
Nabi SAW telah berjanji bahawa aku Fatimah adalah penghulu dari segala
wanita-wanita di syurga nanti, tapi engkau ibunda Atikah memasuki syurga lebih
awal daripada aku.” Maka Atikah RA pun begitu bersyukur ke hadrat Allah swt.
Allahu Akbar.
Jadi, beginilah kita wahai
muslimat sekalian, hari ini kita banyak menyakiti hati suami kita. Sedikit
kesilapan, sedikit kekurangan kita akan ambil hati, mengata-ngata, malah ada
yang sampai memaki-maki. Kita seakan-akan melupakan seluruh kebaikan-kebaikan
yang pernah dilakukan oleh suami kita.
Apa yang dikongsikan disini
bukanlah kita hendak menyalahkan kaum hawa atau isteri atau ibu semata-mata.
Sesungguhnya tidak sama sekali. Jika ada unsur menyalahkan, semoga janganlah
kita menyalahkan kekasih junjungan besar kita Rasulullah SAW yang banyak
menegur tentang perihal wanita terhadap suami khususnya.
Begitu juga kepada para suami,
janganlah rasa terbela dengan kisah diatas. Suami juga bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap apa yang berlaku dalam keluarga dari yang sekecil-kecilnya
hinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Sesungguhnya tanggungjawab seorang
suami amatlah berat, sangat berat jika mereka mengetahuinya. Malangnya ramai
yang jahil dan tidak kurang juga bagi mereka buat-buat jahil. Ingatlah, seorang
lelaki baik dia itu seorang ayah, suami maupun anak lelaki mereka akan
dipertanggungjawabkan pada hari hisab kelak atas empat orang jenis wanita.
Pertama, akan disoal akan tanggungjawabnya terhadap isterinya, ibunya, saudara
perempuannya dan anak perempuannya. Jangan kata kita boleh lepas semua jenis
wanita ini, boleh jadi tanggungjawab terhadap salah seorangnya pun kita tak
lepas, khususnya wanita yang bergelar isteri. Berbeza dengan kaum hawa,
walaupun Nabi SAW ada berkata, kaum wanita adalah golongan yang paling ramai
masuk neraka namun, kaum ini hanya dipertanggungjawabkan kepada seorang suami
sahaja. Sekiranya dia dapat taat dan jadi seorang isteri solehah, maka tiket
masuk ke syurga amatlah cerah. Walaupun hanya dipertanggungjawabkan kepada
seorang suami sahaja, namun harus diingat, yang satu inilah yang selalu tak
lepas disebabkan isteri kurang bersyukur dan redha dengan nikmat yang ada
padanya dan disekelilingnya.
Memanglah, sukar untuk mencapai
tahap seperti ibunda Atikah RA seperti kisah di atas lebih-lebih lagi pada
akhir zaman ni. Namun, para isteri dan
ibu kenalah berusaha ke arah itu. Setidak-tidaknya, apabila di padang mahsyar
nanti Allah tanya kelak, kita dapat jawap bahawa kita telah berusaha
bersungguh-sungguh. Dan para suami, hargailah isteri dan isteri-isteri anda,
sayangi dan hormati mereka bukan melayan mereka seperti amah jauh sekali
sebagai hamba abdi.
Bukanlah niat hendak menegur sesiapa,
tapi apa yang saya nukilkan disini saya berdoa semoga sayalah yang akan mulakan
perubahan ke arah itu terlebih dahulu. Saya pun seorang suami dan ayah kepada
beberapa orang anak yang sangat serba kekurangan dan sering buat kesilapan yang
berulang. Tapi inilah reality kehidupan didunia, banyak perkara yang kita boleh
elak tapi lagi banyak perkara yang selalu kita terbabas. Walaupun begitu,
sekiranya dah terbabas, cepat-cepatlah steer balik ke trek yang asal dan
seterusnya akan menemui destinasi yang hendak ditujui (syurga Allah swt). Amin.
Sesungguhnya, tiadalah apa yang
ditunggu-tinggu bagi setiap insan yang masih hidup di dunia ini, melainkan saat
kematian untuk menemui Rabbnya. Dan masa itulah baru tersingkap semuanya, dan
setiap penyesalan sudah tiada gunanya.
Doakanlah semua orang Islam.
Wallahua’lam.
Isnin, 18 Mei 2015
Ahlan wa Sahlan Ya Sya'ban
1hb Sya’ban 1346H.
Ahlan wa Sahlan Ya Sya’ban
Allahu Rabbi. Pejam celik pejam
celik…sedar sedar sudah masuk ke bulan baru. Hari ini, menjelang maghrib telah
masuk bulan baru dalam calendar Islam iaitu Bulan Sya’ban.
Terlebih dahulu, ana nak ajak
semua sama-sama banyak-banyak beristighfar ke hadrat Allah swt. Kita disunatkan
sentiasa beristighfar sebab kita ni hamba yang sentiasa melakukan dosa. Dosa kecik, dosa besar, yang
sengaja maupun yang tak sengaja. Ana juga ingin mengambil kesempatan ingin
meminta maaf kepada semua yang mengenali atau yang baru kenal, maupun yang
hanya baru berselisih siang tadi, kemarin, bulan lepas, malah perkenalan yang baru
tengah berlaku sekarang ( ada jugak eh..? ), jadi maafkanlah
kesilapan-kesilapan, kesalahan-kesalahan yang telah dan pernah ana lakukan, baik
dari segi perbuatan, perkataan, lebih-lebih lagi perkara berkaitan hati.
Sesekali teringat, betapalah
cepat masa berlalu. Kehidupan seseorang sangat berkaitan dengan masa. Masa
terbahagi kepada masa dengan keberkatan dan masa yang tiada berkatnya. Seorang
yang berasa hidupnya sentiasa tiada kesempatan, tak cukup masa, sibuk
memanjang, sentiasa dalam terkejar atau dalam bahasa utagha (utara) tak dan,
atau bahasa pantai timur kata dok dang, maka ini disebut kehidupan seseorang
itu tidak disinari dengan cahaya keberkatan masa. Sebaliknya, lihatlah dengan
mata dan kepala kita mereka yang sentiasa diselubungi dengan keberkatan masa.
Mereka ini kebiasaannya golongan yang istimewa disisi Allah swt. Mereka ini
dikawal selia oleh Allah swt secara langsung, sebab apa? Mereka ini sami’ wa
atho’na, iaitu mereka dengar lalu mereka taat perintah Tuhan mereka Allah swt.
Mereka menjaga dan memanfaatkan sebaik-baik masa yang diberikan oleh Nya. Tiada
istilah melengahkan masa, mempunyai perancangan masa yang baik, jadual masa
kehidupan yang teratur sesuai dengan sunatullah dan fitrah manusia. Maksudnya
apa?, Allah swt sudah bahagikan masa dalam sehari dalam beberapa fasa. Setiap
fasa itu mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang Dia sendiri telah aturkan
untuk hambaNya supaya mereka sentiasa dalam keselamatan dan beruntung dalam apa
jua situasi dan lapangan. Sebagai contoh, dalam sehari Allah swt bahagiakan masa
dalam beberapa waktu seperti waktu fajar, syuruk, dhuha, zohor, asar, magrib
dan isya’. Pada sebelah malamnya pula, malam dibahagikan dalam beberapa fasa,
sehingga ke enam fasa seperti yang disebut dalam kitab-kitab para ulama’.
Maknanya apa?, manusia itu
sebenarnya sudah diformat mengikut aturan sunatullah. Segala aktiviti harian
manusia itu perlu dan harus mengikuti trek waktu ini dalam mencari keberkatan
waktu. Yang pada akhirnya mereka akan beroleh kehidupan yang tenang, teraturan
dan lapang. Sekiranya kita sengaja mengubah aturan sunatullah dan fitrah
keperluan manusia terhadap masa, maka ia seolah-olah kita sedang berjalan pada
trek laluan yang salah dan menyulitkan. Natijahnya, ramai yang tersesat
dihujung jalan dan susah untuk berpatah pulang dan sesungguhnya masa itu tidak
boleh diulang, dan masa itu terus pergi meninggalkan kita selama-lamanya.
Apapun, ini semua garis panduan yang Dia bagi pilihan kepada hambaNya. Dan
sememangnya, Allah swt tidak pernah zalim terhadap hambaNya malah ia berlaku sebaliknya,
manusia menjadi ego disebabkan akal fikiran dan nafsu menguasai diri.
Sementara menulis atikel , ana
secara sambil-sambil melayan nasyid yang menenangkan jiwa. Ketika ini ana
sedang lagu nasyid bertajuk Ramadhan, nyayian oleh Maher Zain. Sungguh syahdu
dan menyentuh kalbu. Ya, Ramadhan al-Mubarak yang kian muncul tak lama lagi,
ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Ya Rabb, indahnya ketika ini. Sesungguhnya teramatlah
manis dan indah hidup dalam suasana Islamik yang penuh sederhana tapi dipenuhi
dengan bunga-bunga sakinah (ketenangan). Sakinah ini sangat diperlukan dalam
meneruskan kehidupan, membantu dalam beribadah dan tawajjuh (focus) dalam
mencari kredhaan Ilahi, dan paling penting lagi sakinah ini membantu hati yang
sedang lemah untuk dihidupkan kembali.
Masa pun sudah menunjukkan pukul
sebelas malam iaitu masa untuk melelapkan mata. Entah masih adakah atau tidak
bagi ana untuk esok hari. Hanya Dia yang maha mengetahui. Sedih..
La Tahzan!
Demi masa! Sesungguhnya manusia
itu sentiasa dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh,
mereka berpesan-pesan kepada yang haq dan berpesan-pesan kepada kesabaran.
Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)
Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.
