Isnin, 15 November 2010

Gunung Merapi & Peringatan Ilahi

Berapa sangatlah panasnya api dunia atau api lahar gunung berapi ini jika dibandingkan api sebenar yang terletak di neraka Allah SWT? Itu pun, manusia atas dunia ini sudah tidak tertahan oleh bahang dan kepanasannya. Jangankan api lahar dari gunung berapi ini, api mancis pun manusia berteriak kepanasan tidak tertahan.

Letusan Gunung Merapi di Pulau Jawa Indonesia awal bulan ini telah mengakibatkan ramai yang  terkorban disebabkan debu toksik dan panas dari gunung berapi ini. Menurut pakar saintis dan geologi, Gunung Merapi juga adalah gunung berapi yang paling aktif sekarang di atas bumi ini.

Namun mungkin ramai yang endah tak endah dengan peringatan yang Allah tayangkan ini. Malah ada yang berfikir bahawa ini hanyalah satu fenomena yang biasa berlaku di atas bumi. Dalam kitab Allah SWT telah merakamkan banyak berita-berita akhirat tentang api neraka. Sesungguhnya neraka itu adalah sahih dan neraka ciptaan Allah itu sendiri sedang menunggu tetamunya dengan tidak sabar-sabar lagi. Sesungguhnya neraka itu adalah suatu tempat yang sangat mengerikan dengan apinya yang sangat panas tiada siapa dapat menggambarkannya, terfikir akannya betapa dahsyatnya api dalam neraka itu. Sesungguhnya neraka itu adalah ghaib tidak dapat dilihat sekarang kerana Allah SWT hendak menguji hambaNya di atas dunia ini, sama ada mereka taat akan perintahNya atau pun ingkar.

Wallahua'lam.

Ahad, 14 November 2010

Antara Warisan Merdeka 100 tingkat dan Bekalan Elektrik, Air Sabah..

Pembentangan bajet 2011 yang lepas oleh YAB Perdana Menteri sudah, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi pun sudah. Namun apa yang terkeluar di dada akhbar dan media, Sabah masih lagi tercatat negeri yang termiskin padahal negeri adalah negeri kedua terkaya selepas Selangor pada 1970...apalah nasib. Begitulah antara keluhan sesetangah pihak di negeri ini.

Agihan bajet 2011 antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung masing-masing RM9.55 billion dan RM109.74 billion. Ia hanya lebih kurang 1/10 berbanding sumbangan Sabah dan Sarawak dalam industri minyak dan gas iaitu minyak sebanyak 44.5% dan gas 64.1% kepada negara dan kerajaan persekutuan. Dan seperti yang umum tahu royalti daripada hasil minyak dan gas Sabah hanya 5% sahaja yang mana selebihnya 95% masuk ke akaun persekutuan. Sesungguhnya perkara ini tidak adil sama sekali dan terdapat unsur diskriminasi terhadap rakyat Sabah. 

Secara matematiknya, hasil pengaliran hasil-mahsul dari negeri ini kebanyakan pergi ke Semenanjung untuk pembinaan dan pembangunan yang menelan berbiliion ringgit. Ini termasuklah MRT (Mass Railway Transit) RM40 billion, new highways RM 10 billion dan banyak lagi. Tidak dilupakan juga Warisan Merdeka 100 tingkat RM5 billion yang hendak dibina, yang kini menjadi isu dan kontroversi. Dimanakah keadilan dalam isu pembangunan yang sudah sekian lama dituntut oleh rakyat Sabah? Mungkin kerana rakyat Sabah yang dianggap ketinggalan dari segi minda dan pemikiran, maka rakyat Sabah boleh diabaikan hak mereka malah mungkin sanggup memperbodohkan.

Ini mungkin boleh dibuktikan dengan masalah-masalah yang dulu, kini dan mungkin selamanya rakyat Sabah tanggung selagi kerajaan persekutuan hari ini tidak berubah ataupun ditumbangkan dan diganti oleh orang lain. Masalah bekalan elektrik dan air iaitu keperluan asas rakyat sehingga kini tiada penghujungnya sebaliknya memperbodohkan rakyat dengan janji-janji dan projek khususnya semasa kempen pilihanraya. Bukankah negeri ini kaya dengan khazanah minyak dan gas, yang mempunyai telaga laut dalam yang sememangnya suatu lubuk kekayaan untuk diagihkan kepada rakyat negeri ini. Tapi malangnya, semua khazanah ini disedut dan dialirkan secara terus ke tempat lain untuk kepentingan pihak lain. Rakyat Sabah..? Tidak mengapa...sebab orang Sabah baik hati, tidak pandai melawan, syukur dengan apa yang ada, malah berterima kasih banyak-banyak dengan kerajaan yang memperbodohkan mereka..alahai malangnya. Berapakah nilai orang Sabah sebenarnya jika dibanding rakyat ditempat lain..? Perlukah dijawab pertanyaan ini...hanya mereka yang ada maruah sebagai sebuah bangsa yang berdaulat sahaja yang akan memikirkannya dan bertindak sewajarnya.

Sudah tahu rakyat Sabah perlukan janakuasa elektrik yang berkapasiti besar, kenapa peruntukan yang bukan keperluan asas diutamakan? Ini persoalan yang patut orang Sabah jawab. Kenapa orang Sabah berdiam diri apabila hak mereka dipandang sebelah mata sahaja dan diabaikan...ini soal keperluan asas bukan perkara kehendak yang tidak mengapa kalau tiada. Ini soal bekalan elektrik, air juga sistem perhubungan. Sepatutnya semua ini sudah selesai sejak 20 tahun yang lepas seperti di tempat lain...tapi kenapa di Sabah tidak? Kerajaan hanya berjanji dari satu Rancangan Malaysia kepada Rancangan Malaysia yang seterusnya tapi keadaan tetap juga tiada kemajuan malah semakin punah kerana tiada penyelenggaraan yang sewajarnya.

Jadi memang suatu isu yang kontroversi apabila bajet Warisan Merdeka 100 tingkat RM5 billion diutamakan berbanding keperluan asas rakyat Sabah. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib seseorang (umat, rakyat) itu, melainkan dia (mereka) mengubah nasib mereka sendiri (terlebih dahulu). Maka itu rakyat Sabah harus membuka minda dan berani berubah. Jika tidak, usahlah mengeluh dan merintih jika elektrik sekejap-sekejap terputus rumah manjadi gelap, anak-anak berpeluh kepanasan, nasi tidak masak, perniagaan rugi kedai tutup awal dan sebagainya. Air pun sama, sekejap ada sekejap tiada, banyak aktiviti harian tergendala. Secara kesimpulannya, semua ini menyumbang kepada kemerosotan ekonomi dan produktiviti negeri Sabah. Selepas 47 tahun dalam kemiskinan, mampukah Sabah menjadi negeri terkaya lagi dan orang Sabah menjadi bangsa yang progresif dan lebih dinamik?

Ayuh Sabahan, bangkitlah dari lena mu...



Rabu, 10 November 2010

Banjir lagi...apalah nasib

Tanggal 9.11.2010 petang hari selasa, kampung Pasir Putih ditenggelami banjir lagi. Ini kalau tidak silap sudah yang kelima banjir terbesar melanda kampung. Dilaporkan semalam air telah mencecah hingga ke paras lantai rumah. Musibah ini dikatakan apabila air limpahan dari Sungai Tawau (empangan di Jambatan Putih ke Sin San) bertembung dengan air pasang laut.

Namun ini bukanlah sebab musababnya. Jawapan dari persoalan ini adalah seperti yang sebelum sebelum ini iaitu pembinaan lencongan air sungai Tawau ke laut melalui kampung yang tidak terancang. Ini berkali-kali dinyatakan dan diluahkan oleh penduduk kampung dan juga komen daripada orang ramai. Apapun, beginilah nasib penduduk kampung ini yang masih dalam dilema dan tidak terbela. Siapakah yang harus membela mereka selain wakil rakyat yang sudah dilantik.

Disini percaturan politik berlaku dalam menangani isu banjir yang tiada penghujungnya. Ditambah dengan JKKKnya yang lembab dan pilih bulu dalam menghulurkan bantuan sedangkan itu adalah tanggungjawabnya sebagai ketua. Tiada pilihan penduduk kampung selain mencari jalan alternatif dalam membela nasib mereka sekarang dan akan datang.

Apapun buat masa ini, kewaspadaan dalam menghadapi musibah dan masalah banjir yang tiada penghujungnya terpaksa diambil. Ini bagi mengelakkan penduduk kampung daripada menghadapi kesan lebih buruk lebih-lebih lagi keselamatan nyawa. Penduduk kampung harus dan terpaksa bersatu padu walaupun tanpa ketua, bekerjasama tolong menolong dalam menghadapi banjir ini.

Perlu dinyatakan disini, bahawa dalam menghadapi musibah sebegini dan penduduk kampung menderita, dimanakah Jabatan Kebajikan Masyarakat, dimanakah Kementerian Wilayah dan Luar Bandar, dimanakah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang paling lantang dimedia? Adakah hendak tunggu berlaku pilihanraya kecil dikawasan ini barulah mereka terhegeh-hegeh menghulurkan bantuan.

Agar berkat muafakat ini dapat mencari jalan keluar dalam menyelesaikan masalah ini yang mana sepatutnya dipikul oleh wakil rakyat dan ketua kampung itu sendiri. Dalam masa yang sama agar ada pihak tampil mengetengahkan masalah ini ke peringkat lebih tinggi tidak kiralah melalui saluran apa sekalipun termasuk media.

Wallahua'lam.

Selasa, 9 November 2010

A pain in the head

You've had a headache for several days, msut be a brain tumour, right? That's the conclusion you could well come to if you do a simple Internet search. According to the site www.wrongdiagnosis.com, there are 2231 possible causes of a headache, which include:

 
1)   Common cold
2)   Tension
3)   Neck problems
4)   Migraine
5)   Sinusitis
6)   Head injury
7)   Meningitis
8)   Encephalitis
9)   Typhus
10) Haematoma

You can't have them all. Rather than worry, visit your doctor!

Jumaat, 5 November 2010

Tanya diri dan jawablah sendiri...

Kalau dilihat 'bunting' atau sepanduk tu macam kurang bijak pulak. kenapa dikatakan begitu? sebabnya sebagai warganegara Malaysia yang sah adalah bebas untuk bergerak ke mana sahaja selagi tidak menyalahi undang-undang sedia ada. bukankah pernyataan tersebut bercanggah perundangan dan perlembagaan negara atau mungkin penduduk terbabit tidak faham sistem negara berdaulat. dan lagi adakah penduduk ini faham sistem demokrasi berparlimen atau hanya diperalat oleh pihak yang berkepentingan. mungkin orang di Malaysia Barat tergelak melihat perkara 'kuno' ini masih berlaku di negeri di bawah bayu ini. penduduk disini juga harus faham bahawa tiada suatu parti yang akan berkuasa selama-lamanya diatas dunia ini lebih-lebih lagi di negeri Sabah yang sudah beberapa kali bertukar kerajaan. apapun memang bukan salah orang kampung semata-mata tetapi segelintir dalang parti politik yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan. bagi golongan celik, apa yang berlaku ini hanya akan mengakibatkan kawasan dan penduduk terbabit jauh ketinggalan dibelakang dari arus pembangunan fizikal disamping minda yang terjajah.

Di suatu pihak lain pulak ceritanya. mungkin kali pertama dalam sejarah negara bakal Ahli Parlimen terjatuh ke dalam air disebabkan jambatan usang runtuh semasa melakukan kempen pilihanraya. difahamkan beliau terjatuh dua kali sepanjang kempen atas sebab yang sama. bagi pemenang kawasan parlimen ini, mungkin inilah projek pertama yang harus dilaksanakan segera iaitu menaiktaraf semua jambatan usang tersebut bagi keselamatan rakyat dan pengundi yang memenangkannya. kita tidak mahu janji hanya tinggal janji sejurus keputusan kiraan undi diumumkan. dan bagi penduduk terbabit pula, inilah masa menagih janji bukan hanya tunggu dan lihat sahaja. namun kebiasaannya perkara ini akan berlanjutan tanpa ada tindakan segera dan pembelaan untuk rakyat. peruntukan tahunan ada tapi habis entah ke mana. apapun tanyalah diri dan jawablah sendiri sebelum anda yang rugi ditipu sampai mati...

Batu Sapi & Galas milik BN

P.185 Batu Sapi - Linda Tsen Thau Lin (PBS-BN) menang undi 9,773 dengan majoriti 6,359 undi.

N.45 Galas - Abdul Aziz (Umno-BN) menang undi 5,324 dengan majoriti 1,190 undi.
Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.