
Walaupun ada juga kedengaran
bahawa berkemungkinan darurat atau kerahan anggota tentera sekiranya keadaan
tidak terkawal dari himpunan Bersih 4.0 kali ini, namun keperluan kearah itu
sebenarnya memang tidak diperlukan buat masa ini dan mungkin tidak kena pada
tempatnya. Namun begitu kita juga menghormati segala usaha yang dibuat oleh
pihak keselamatan, yang mana kita faham semua itu demi kepentingan dan
keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan negara. Dan kita yakin segala
peratauran dan arahan sememangnya sudah di patuhi dan diselia oleh penganjur
Bersih itu sendiri. Lagipun, ini adalah Bersih siri yang keempat yang bermaksud
pengalaman sebelum ini telah mematangkan semua pihak. Syabas sekali lagi.
Hendak juga disentuh disini
bahawa, beberapa kejutan berlaku dalam Bersih 4.0 kali ini. Pertamanya,
walaupun Pakatan Rakyat boleh dikatakan sudah retak dimana pihak Pas telah
mengarahkan agar ahli-ahlinya tidak turut serta dalam himpunan Bersih 4.0 kali
ini namun himpunan ini tetap juga dianggap berjaya dengan bilangan mereka yang
menyertainya lebih kurang sama himpunan Bersih sebelumnya semasa ketiga-tiga
komponen besar Pakatan iaitu PKR-PAS-DAP bergabung. Keduanya, Ketua Menteri Sarawak telah secara
rasmi membenarkan program himpunan Bersih 4.0 ini berjalan di bandaraya Kuching
dengan syarat ia mestilah berlangsung secara aman. Walaupun kedengaran bahawa
keputusan membenarkan himpunan itu adalah dalam usaha untuk mengambil hati
rakyat Sarawak bersempena pilihanraya umum bagi DUN Sarawak yang kian
mendatang. Apapun, perkara ini seharusnya semua pihak melihatnya secara positif
bahawa tiada sesiapa yang boleh menafikan hak-hak rakyat dalam bersuara secara
aman yang mana ia tiada melanggar mana-mana akta malah ia dilindungi seperti
yang dilaporkan dan dalam masa yang sama pihak berwajib haruslah memberikan
kerjasama yang baik seperti mengeluarkan permit berhimpun dan sebagainya, dan
segala apa syarat pun yang rasanya pihak penganjur tiada masalah untuk
dipatuhi.

Namun, perubahan besar yang
paling utama pada kali ini adalah, tumbangkan Barisan Nasional yang ditunjangi
Umno. Cukuplah rakyat beri peluang sejak beberapa dekad, beberapa penggal itu
pun disebabkan hasil daripada sistem pilihanraya yang kurang telus, yang telah
menerima terlalu banyak pertikaian dan kesangsian yang melamapu secara terang
lagi bersuluh. “Black 505”… ingatkah lagi?! Akan cuba disembangkan pada masa
akan datang.
Ingin juga menyentuh berkaitan
himpunan Bersih 4.0 kali ini. Walaupun secara keseluruhannya penganjuran Bersih
4.0 kali dilihat berjaya tanpa ada bentuk provokasi dan tindakan agresif
melampau, kita juga sedikit sebanyak berasa kesal dengan tohmahan, kritikan dan
komen yang tak membina sama sekali baik dalam berita maupun dalam laman media
social. Kita mendapati terlalu banyak mereka yang keliru dan tersalah faham
dalam membincangkan isu-isu politik yang kini sedang berlaku dalam negara.
Sampai ke satu tahap yang agak menyedihkan, ia mengheret persoalan agama dan
perkauman yang mana ini memang boleh mencetuskan suasana yang huru-hara. Ini
mungkin disebabkan adanya perasaan
emosional dan ketaksuban yang keterlaluan oleh seseorang individu terhadap sesebuah wadah
atau perjuangan yang dibawanya yang akhirnya tidak dapat dikawal dan
mencetuskan perbalahan sekaligus mengajak komentor-komentor lain membuat
perkara yang sama. Dan jika beginilah cara kita menggunakan kemudahan media
social maka, usahlah kita berangan-angan atau berlagak bijak dalam hendak
membincangkan soal yang serius seperti isu politik sedangkan diri sendiri
terperangkap dalam persoalan yang tiada jawapan malah mengusutkan semua pihak.
Berkenaan dengan Bersih 4.0 ini
juga, macam biasa pihak media perdana yang dikuasai pemerintah telah
melaksanakan propagandanya. Kedengaran bahawa hanya dua puluh lima ribu sahaja
yang hadir dalam program himpunan Bersih 4.0 kali ini yang mana mesej yang
hendak disampaikan bahawa Bersih kali ini tiada mendapat sambutan oleh rakyat.
Bagi kita, soal angka berapa ramai yang hadir itu bukan persoalan utama, tapi
yang paling utama adalah mesej dalam bentuk tuntutan rakyat itu yang hendak
disampaikan. Dan rakyat seluruhnya yakin, malah seluruh dunia tahu bahawa
rakyat Malaysia mahu seorang pemimpin yang BERSIH dalam memandu rakyat dan
negara ini menjadi aman damai serta kaya ekonomi, dan juga sebuah kerajaan yang
menghormati, mendengar dan bertindak
diatas setiap luahan suara dan penderitaan RAKYAT.